Ini Sebab Piala MFL Dianggap Sangat Penting Untuk Jurulatih Muda Tempatan

Behind the scenes: France's official 2025 squad photo at Clairefontaine Loading official content
Behind the scenes: France's official 2025 squad photo at Clairefontaine
Go behind the scenes at Clairefontaine and watch Kylian Mbappé and other France stars taking part in the first squad photo of the year.
0 seconds of 58 secondsVolume 0%
Press shift question mark to access a list of keyboard shortcuts
Next Up
Spain national team use iconic 2006 World Cup ball in training
00:33
00:00
00:58
00:58
 
Teruskan Menonton
Video Seterusnya Spain national team use iconic 2006 World Cup ball in training Thomas Tuchel's first training session as England manager Jhon Durán scores brilliant solo goal for Al Nassr vs. Al Kholood Dalot: 'Ruben Amorim doesn't have to prove what a great coach he is' Thomas Frank celebrates Brentford's fifth straight away win Pitchside Angle: Monteiro's acrobatic goal in the PSIS' chaotic box Behind the scenes: Raphinha and Brazil stars arriving in Rio Messi bags his trademark chip against Atlanta United Mbappé, Koundé & France players arrive for Croatia double-header Lihat lebih video French Federation di OneFootball

Buat julung kalinya, Liga Bolasepak Malaysia (MFL) telah pun menganjurkan satu kejuaraan baharu pada musim ini yang dikenali sebagai Piala MFL dan membabitkan 15 pasukan.

Kejohanan ini juga dikhususkan buat setiap pasukan yang bertanding untuk melahirkan lebih ramai bakat-bakat muda baharu untuk terus menjadi pelapis kepada skuad kebangsaan pada masa akan datang.

Disertai oleh barisan pemain bawah 23 tahun (B-23), ianya juga akan menjadi platform terbaik buat jurulatih-jurulatih muda untuk menunjukkan prestasi mereka dengan lebih awal.

Ianya juga menjadi tempat terbaik mereka untuk mencuri tumpuan pasukan-pasukan lebih besar pada masa akan datang jika pengendali muda tersebut mampu tampil cemerlang bersama kelab masing-masing.

Malah, perkara itu diakui sendiri oleh bekas penyerang kebangsaan iaitu Safee Sali dengan beliau menyifatkan Piala MFL mampu mencungkil lebih ramai bakat jurulatih baharu untuk perkembangan positif masa depan bola sepak negara.

Menerusi kejohanan tersebut, Malaysia akan mempunyai lebih ramai kepakaran jurulatih baharu pada masa akan datang untuk menaikkan lebih ramai bintang-bintang muda.

“Piala MFL mempunyai struktur tersendiri yang saya rasa sangat baik sebagai kesinambungan pembangunan pemain-pemain muda selepas Piala Presiden dan Piala Belia.

“Pemain-pemain ini mampu meneruskan kerjaya mereka pada pentas B-23 tahun dan dalam masa sama, saya rasa Piala MFL mampu menjadi medan kepada jurulatih muda mencipta nama.

“Saya harap Piala MFL mampu berkembang dengan baik sekali gus menjadi medan yang kompetitif dalam kita melahirkan pemain muda yang berkualiti,” katanya menerusi Harian Metro.

Untuk info, setiap pasukan bertanding dibenarkan untuk mendaftar lima pemain senior yang lebih umur bersama tiga tonggak import sahaja.

Namun, hanya tiga pemain tempatan yang lebih umur sahaja dibenarkan beraksi secara serentak jika pasukan tersebut tidak menggunakan khidmat import pada setiap perlawanan.

Jika dua pemain senior tempatan digunakan pada satu perlawanan pula, kelab yang bertanding dibenarkan membawa masuk dua pemain import semasa aksi sedang berlangsung.

Walaupun dibenarkan mendaftarkan tiga pemain import, hanya dua sahaja boleh beraksi ketika perlawanan berlangsung dan seorang lagi berada di tepi padang selaku pemain gantian.

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN