Ini Sebab Perlis United Tak Layak Ke Saingan Liga Super 2024/2025

Hasrat peminat bola sepak tempatan untuk melihat Perlis United beraksi dalam saingan Liga Super musim 2024/2025 tidak kesampaian, selepas ia disampaikan sendiri melalui Liga Bolasepak Malaysia (MFL).

Menerusi perkongsian MFL, Perlis United gagal memenuhi syarat ditetapkan dan Badan bebas Forst Instance Body (FIB) mengambil keputusan untuk tidak memberikan Lesen Kebangsaan buat pasukan tersebut.

“Badan bebas First Instance Body (FIB) membuat keputusan tidak memberikan Lesen Kebangsaan kepada Kelab Bolasepak Perlis United (PUFC) berikutan kegagalan memenuhi syarat-syarat tambahan selepas pengumuman berkenaan keputusan Lesen Luar Biasa (Extraordinary License) M3 Amateur Football League (AFL) pada 7 Mac 2024.”

Menerusi perkongsian MFL, Perlis United gagal memenuhi tiga daripada empat syarat ditetapkan oleh FIB dengan mereka tidak dapat mengemukakan dokumen seperti diperlukan selain melanggar tarikh akhir ditetapkan.

“Walaupun tarikh akhir penyerahan pada 22 Mac 2024 masih belum berakhir namun FIB mengesahkan bahawa PUFC telah gagal 3 daripada 4 syarat awal itu dengan tidak mengemukakan sebarang dokumen seperti yang diminta dan telah melanggar semua tarikh akhir yang diberikan.

“Oleh itu, FIB telah memutuskan untuk tidak memberikan lesen Liga Super 2024-2025 kepada PUFC.

“FIB mengekalkan syarat ketatnya demi untuk menjaga kestabilan kewangan liga dan kelab-kelab serta proses usaha wajar kewangan ini dilaksanakan dengan teliti untuk memastikan Liga Malaysia tidak menghadapi kebimbangan kewangan sekiranya PUFC dibenarkan bertanding.

“Kegagalan PUFC untuk mendapatkan Lesen Kebangsaan tersebut menyaksikan hanya 13 kelab yang akan bersaing dalam Liga Super bagi musim 2024-2025,” jelas kenyataan tersebut.

Terdahulu, kejutan melanda apabila Perlis United yang bersaing dalam kejohanan Amateur Football League (AFL) bagi saingan Liga M3 bakal beraksi di kejohanan tertinggi Malaysia itu.

Malah, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perlis United iaitu Rozailmee Zulkeply tampil bersemangat untuk mengharungi saingan Liga Super bagi musim 2024/2025 selepas mereka kini dilaporkan semakin hampir lengkap daripada segi persediaan untuk didaftarkan tidak lama lagi.

Beberapa perkongsian turut dibuat Rozailmee terdahulu dengan menyatakan mereka bakal mencipta penampilan di saingan Liga Super dengan beberapa persediaan telah dibuat.

Walaupun begitu, penyokong Perlis kini hanya perlu redha dengan keputusan tersebut ekoran kegagalan pengurusan sendiri untuk menyelesaikannya lebih baik.

Apapun, Perlis United mungkin mampu membuat persiapan lebih rapi bermula daripada sekarang jika mereka terus berhajat untuk menembusi saingan Liga Super pada musim seterusnya menerusi pengurusan serta skuad lebih kukuh.

Sumber:
MFL

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN