Ini Sebab Penyokong Melaka United Perlu Beri Perhatian Kepada Potensi Baik Bryan See

bryan see penang to melaka united 2022

Satu langkah berani diambil oleh Bryan See Tian Keat apabila meninggalkan Penang FC dan berhijrah ke Melaka United untuk saingan musim 2022, namun ia dilihat tepat dan akan kembalikan beliau ke peta Liga Malaysia.

Sebagai penjaga gol pilihan kedua di Penang, seharusnya pemergian Sam Somerville dilihat akan berikannya peluang untuk menjadi pilihan utama. Sejak awal rasanya Sam Somerville sudah buat keputusan tinggalkan Harimau Kumbang dan berhijrah ke Selangor FC dek kerana dalam Piala Malaysia, kelibatnya sudah tiada.

Namun, beliau akhirnya memilih untuk angkat kaki bersama meninggalkan Penang tanpa sebarang pilihan di gawang pada awalnya sebelum ketibaan penjaga gol berstatus skuad kebangsaan, Hafizul Hakim dan penjaga gol skuad juara Piala Malaysia 2021, KL City FC iaitu Khatul Anuar Md Jalil ke skuad Harimau Kumbang.

Memilih Melaka United tentunya berisiko pada awalnya kerana mereka memiliki Khairul Fahmi Che Mat dan Norazlan Razali, sebelum Khairul Fahmi ambil keputusan menerima pelawaan Datuk Ong Kim Swee ke Sabah.

Katanya kepada Malaysian Football League (MFL) baru-baru ini, “Saya mahu cari cabaran baharu apabila ambil keputusan bersama Melaka [United] dan harap boleh mendapatkan tempat selaku penjaga gol utama di sini.”

Selayaknya beliau adalah pilihan utama ketika ini dan ia adalah disebabkan faktor-faktor yang disenaraikan ini:

‘Top 4’ penjaga gol terbaik Liga Super 2020

Beraksi bersama PDRM FC pada musim 2020, Bryan See menampilkan prestasi terbaik. Biarpun pasukannya bergelut dan akhirnya tersungkur ke Liga Premier, beliau masih merupakan antara yang terbaik prestasinya.

Menurut OptaJ, beliau berada di belakang Kalamullah Al-Hafiz (PJ City FC), Khairul Fahmi (Melaka United) dan Khairulazhan Khalid (Selangor FC) dengan merekodkan 67.27 peratus aksi menyelamat yang berjaya. Beliau berada di depan penjaga gol skuad kebangsaan, Farizal Marlias yang berada di posisi kelima keseluruhan.

Penjaga Gol Ke-4 Terbaik Liga Super, Bryan See Tekad Cabar Slot Utama Penang FC

Norazlan Razali sudah di penghujung karier

Bakal berusia 37 tahun, Norazlan Razali sudah boleh dianggap sedang menuju ke penghujung karier bola sepaknya. Musim lalu, beliau diturunkan dalam empat perlawanan dengan skuad Hang Tuah tewas tiga daripadanya. Mereka menang ke atas Perak FC dan tewas besar kepada Kedah (dua kali) dan Sabah FC.

Adakah ini musim buat Norazlan Razali? Tentunya tidak. Jadi, langkah Bryan See ke Melaka United tampak tidak sia-sia dengan ketiadaan Khairul Fahmi di gawang. Namun, ia satu tugas berat buat Bryan See untuk mengisi kekosongan ditinggalkan Khairul Fahmi yang cemerlang memimpin mereka ke separuh akhir Piala Malaysia.

Pengalaman beraksi di luar negara

Jika dilihat, kariernya di Malaysia baru bermula semula pada musim 2018 bersama PKNP FC sebelum beraksi di Thai League 3 bersama Bangkok FC untuk enam bulan. Apabila kembali daripada Thailand di mana beliau berpeluang untuk tampil 10 kali, beliau menyertai The Cops pada jendela perpindahan kedua Liga Malaysia.

Sebelum itu, di usia remaja beliau pernah bersama PKNS FC dan Perak sebelum melanjutkan pengajian di Amerika Syarikat. Walaupun dalam tempoh pengajian di sana, beliau tampil bermain bersama pasukan universitinya iaitu UC Irvine Anteaters dan Johns Hopkins Blue Jays. Ia satu pengalaman berharga.

Penutup

Itu merupakan antara perkara yang perlu diperhatikan penyokong skuad Hang Tuah musim depan. Bryan See mampu menjadi antara penjaga gol terbaik di Malaysia, jika peluang diberikan kepadanya. Selepas bermusim menjadi pilihan kedua, mungkin inilah masanya untuk menjadi pilihan utama mempertahankan gawang.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN