Kuching City boleh dianggap telah pun mencatat pencapaian yang sangat positif musim ini, apabila pasukan tersebut telah pun berjaya mara sehingga ke pusingan suku akhir Piala Malaysia 2022.
Menerusi kekalahan tipis sahaja di tangan pasukan bintang iaitu Sabah, ianya jelas tidak mematahkan semangat pasukan tersebut untuk kembali mencipta kebangkitan.
Tewas pada perlawanan pertama namun semua pemain telah menunjukkan semangat juang yang tinggi. Kita mempunyai 90 minit di Likas untuk mencipta sejarah.
Terima kasih kepada 20 ribu penyokong yang hadir di Stadium Negeri malam ini. Teruskan menyokong Kuching City. pic.twitter.com/tT29SkrccN
— Kuching City F.C. (@OfficialKCFC) November 5, 2022
Perkara ini diakui sendiri oleh penyerang utama Kuching City iaitu Abu Kamara, setelah pemain tersebut menyatakan para pemain sedikit pun tidak putus asa dan beliau ingin bangkit untuk memburu jaringan.
Menurut Kamara, kekalahan lalu hanya disebabkan kesilapan kecil yang dibuat oleh pasukan dan memberi ruang buat pasukan pelawat untuk mencipta jaringan tunggal menerusi Baddrol Bakhtiar.
Malah jaringan tersebut juga tidak membenarkan Sabah untuk berasa selesa kerana skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee itu cuma membawa bekalan tipis untuk aksi seterusnya di Likas.
Oleh sebab itu, Kamara melaungkan semangat beliau mereka mampu kembali bangkit untuk menewaskan Sabah menerusi persediaan yang telah dibuat kini untuk perlawanan akan datang.
“Perlawanan yang bagus sebenarnya pada minggu lalu kerana Sabah juga hanya meraih satu gol dan kami juga telah berjuang sebaiknya cuma kesilapan kecil telah menghukum kami.
“Tetapi kali ini kami mahu ke Likas untuk menang dan kalau Sabah boleh raih satu gol, kenapa tidak kami? Dan saya percaya kami mampu melakukan sesuatu.
“Sabah memang lawan yang kuat berbanding dengan kami yang hanyalah pasukan kecil sahaja, tetapi mempunyai semangat juang yang tinggi, jadi kami sedang berusaha ke arah itu baik dari segi bertahan dan menyerang untuk cuba menang”, jelasnya menerusi laman rasmi MFL.
73' GOL | Penjaring terbanyak Liga Premier, Abu Kamara meletakkan Kuching City di hadapan.@Penang_FC 1-2 @OfficialKCFC #TMPialaMalaysia2022 pic.twitter.com/XpTFOGGRLb
— Malaysian Football League (@MFL_MY) October 26, 2022
Selain mencatat keputusan yang baik dalam saingan Piala Malaysia, Kuching City juga mencapai detik terbaik mereka setelah muncul pasukan ketiga terbaik Liga Premier musim ini.
Ulas penyerang berusia 25 tahun itu, perjalanan yang dilalui oleh Kuching City bukan sesuatu mudah, namun mereka tetap ingin mencipta sejarah baharu untuk membawa pasukan mara ke peringkat separuh akhir.
“Saya memang berpuas hati dan berbangga dengan apa yang telah kami lakukan untuk pasukan ini.
“Nak mara ke suku akhir ini pun bukannya senang dan saya gembira apabila dapat menjadi sebahagian daripada pencapaian ini.
⚽️ Penyerang Kuching City FC, Abu Kamara sah bergelar penjaring terbanyak Liga Premier 2022 dengan 1️⃣1️⃣ gol!
Kamara diikuti oleh Daryl Sham (Johor Darul Ta’zim II) dan Nurshamil Abd Ghani (Kelantan FC) yang masing-masing meledak 9️⃣ gol.#LigaPremier2022 pic.twitter.com/Th5h58Uu7D
— Malaysian Football League (@MFL_MY) October 2, 2022
“Cuma kita perlu melakukan lebih lagi untuk cuba mencipta sejarah baru buat pasukan layak ke separuh akhir pula”, tambahnya.