Ini Sebab Neymar Anggap Bola Sepak Moden Makin Membosankan

Pemain bintang Brazil, Neymar menyifatkan bola sepak pada masa kini sebagai sesuatu yang sangat membosankan apabila beliau dilayangkan kad kuning atas sebab tidak munasabah baru-baru ini.

Neymar tampil selaku salah seorang penjaring gol dalam aksi beberapa hari lalu ketika Paris Saint-Germain menentang Macabbi Haifa dalam aksi peringkat Kumpulan H bagi saingan UEFA Champions League (UCL).

Perlawanan tersebut berkesudahan dengan kemenangan milik PSG mencatat kemenangan 3-1 dan pemain tersebut dilayangkan kad kuning daripada pengadil perlawanan ketika meraikan jaringan beliau.

Neymar ketika itu meraikan gaya jaringan beliau seperti kebiasaan iaitu meletakkan dua ibu jarinya ke kiri dan kanan kepala sambil menghulurkan lidah keluar.

Menurut Neymar, aksi tersebut ditujukan kepada anaknya tanpa membawa sebarang makna sensitif dalam perlawanan itu.

Namun, pengadil perlawanan iaitu Daniel Siebert tidak melihat perkara tersebut sebagai sesuatu yang menghiburkan dan terus beliau melayangkan kad kuning kepada Neymar.

Perkara tersebut jelas mendapat reaksi negatif daripada pemain sayap lincah itu dan terus ditentang Neymar yang mempersoalkan layangan kad tersebut kepada pengadil berkenaan.

Pemain berusia 30 tahun itu jelas mengkritik keputusan pengadil perlawanan berkenaan sambil menyifatkan beberapa perkara mengenai bola sepak terkini.

“Selepas dilayangkan kad kuning tersebut, saya terus berjumpa pengadil dan bercakap dengannya mengenai perkara tersebut.

“Beliau hanya meminta maaf kepada saya atas keputusan dibuat tersebut. Tetapi masalahnya, saya sudah pun dilayangkan kad kuning. Perkara tersebut jelas dilihat tidak menghormati kami sebagai pemain.

“Apa yang berlaku kepada saya ini jelas menyedihkan. Bola sepak sekarang terlalu membosankan dan kita tidak boleh meraikannya lagi.

“Keputusan tersebuy bukan sahaja menunjukkan ianya tidak menghormati saya sebagi pemain, tetapi kepada bola sepak juga,” jelas Neymar menerusi Sport Bible.

Selain itu, bekas pemain sayap Barcelona tersebut turut meluahkan rasa kekecewaan beliau mengenai isu layangan kad kuning di media sosial.

“Ia jelas menunjukkan rasa kurang hormat kepada para atlet. Perkara sebegini tidak sepatutnya boleh berlaku.

“Saya mendapat layangan kad kuning atas kesalahan yang tidak sepatutnya. Dan saya jelas tidak tahu di mana salahnya. Dan pengadil? Langsung tidak mengakui kesalahan dibuat tersebut,” ujar Neymar lagi.

Neymar ketika ini sudah pun menjaringkan 11 gol bersama PSG dan meledak tujuh jaringan daripada 10 perlawanan dengan beraksi cukup positif sepanjang bersama era pengurusan Christophe Galtier.

Ianya bukan lagi satu rahsia mengenai PSG yang kini dilihat sangat obses untuk mendapatkan UCL apabila kelab tersebut menjadikan Neymar, Lionel Messi, dan Kylian Mbappe sebagai pemain kunci.

Sumber:
Sports Bible

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN