Aksi Liga Super bakal bersambung malam ini dengan salah satu pertemuan membabitkan antara Negeri Sembilan menentang Kedah Darul Aman (KDA).
Dalam aksi yang bakal berlangsung di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, kedua pasukan ini pastinya mempunyai misi untuk kembali merebut tiga mata penting untuk terus memperbaiki kedudukan dalam liga.
Get ready!
Pertembungan 'orang kuat' buat kedua-dua pasukan.
Dapatkan tiket perlawanan di Wisma PBNS, Rahang pada esok bermula dari 10 pagi – 3 petang. Tiket juga akan dijual di stadium bermula dari 5 petang. pic.twitter.com/m4vFjXEUdm
— Negeri Sembilan Football Club (@nsfc1923) October 6, 2022
Menarik mengenai pertemuan ini, kedua pasukan tersebut tewas dalam perlawanan lalu kepada juara liga, Johor Darul Ta’zim (JDT). dan bagaimana mereka mahu kembali bangkit daripada keputusan lalu.
Negeri Sembilan dilihat mempunyai kelebihan pada aksi ini apabila mereka bakal beraksi di laman sendiri untuk mendapat sorakan padu daripada barisan penyokong tuan rumah.
KDA pula, perlawanan lalu sewaktu bertemu JDT pastinya memberi pengajaran buat Aidil Sharin Sahak selalu pengendali pasukan tersebut untuk kembali merencana taktikal lebih ampuh bertemu lawan.
Ini ada tiga pemain yang dijangka bakal memberi impak besar pada perlawanan tersebut untuk membantu pasukan masing-masing sepanjang aksi 90 permainan berlangsung.
Herold Goulon (Negeri Sembilan)
Pertahanan import ini boleh dianggap sedang melalui satu lagi musim terbaik dalam saingan Liga Super apabila aksi cemerlangnya bersama Negeri Sembilan berjaya memberi impak positif.
Kelibat beliau yang dijangka bakal dibawa turun malam ini oleh K. Devan pastinya memberi nilai tambah buat pertahanan tuan rumah untuk tampil kembali stabil setelah diranapkan JDT minggu lalu.
Kelebihan Goulon dari segi kekuatan fizikal dan ketenangan beliau untuk membuat hantaran ke bahagian serangan wajar diberi perhatian penting oleh barisan pemain KDA.
85' GOL | Herold Goulon kembali meletakkan Negeri Sembilan di depan!
@nsfc1923 3-2 @Penang_FC #LigaSuper2022 pic.twitter.com/JlDGYVv0tr
— Malaysian Football League (@MFL_MY) August 9, 2022
Penyerang KDA, Ronald Ngah Wanja pastinya tidak akan dibiarkan bebas bergerak dengan bebas di kubu pertahanan Negeri Sembilan jika Herold Goulon tampil dengan prestasi terbaik beliau.
Gustavo Almeida
Penyerang kelahiran Brazil ini tampil dengan aksi sangat menyakinkan menerusi jaringan gol diledak beliau walaupun baru menyertai Negeri Sembilan pada pertengahan musim.
Menerusi aksi beliau yang sangat positif di posisi serangan untuk berpasangan bersama Matheus Alves jelas memperbaiki aspek ketumpulan Negeri Sembilan sebelum itu pada awal musim.
67’ GOL | Gerakan serangan yang menarik antara Gustavo dan Matheus Alves menghasilkan gol kedua NSFC!@nsfc1923 2-1 @sufc_rasmi #LigaSuper2022 pic.twitter.com/dyHRBWFgom
— Malaysian Football League (@MFL_MY) September 9, 2022
Setakat ini, Gustavo sudah pun meledak lapan gol secara keseluruhan dalam saingan Liga Super dan rekod tersebut mungkin akan terus bertambah sekiranya pertahanan KDA tidak mengawal rapi kelincahan beliau.
Ronald Ngah Wanja
Penyerang utama KDA ini kembali mendapat tempat di hati para penyokong Sang Kenari setelah beliau dilihat semakin tajam untuk meledak gol.
Gerakan solo beliau pada minggu lalu untuk menembusi pertahanan JDT dan gawang gol yang dikawal oleh Farizal Marlias membuktikan rekod Ronald Ngah musim lalu sebagai penjaring terbanyak Liga Jordan bukan sekadar bualan.
11' GOL | Ronald Ngah membuka tirai jaringan di Alor Setar menerusi larian solo ini!@kda_fc 1-0 @OfficialJohor #LigaSuper2022 pic.twitter.com/t6DEmHtZMF
— Malaysian Football League (@MFL_MY) October 4, 2022
Tampil dengan 11 setakat ini dalam saingan Liga Super, beliau pastinya kian bersemangat untuk terus mencatat nama selaku peledak gol utama buat pasukan.