Ini Sebab Mengapa Arsenal Bermula Dengan Teruk Tetapi Bakal Kembali Digeruni

Arsenal akan tampil dengan wajah baru dan lebih garang selepas ini, andai kesemua pemain dari skuad utama mereka sudah boleh kembali beraksi.

Seramai sembilan pemain dari skuad utama, termasuk ketua pasukan, Pierre-Emerick Aubameyang dan pemain midfield Thomas Partey terpaksa diketepikan kerana masalah kecederaan dan sakit.

The Gunners memulakan kempen saingan musim ini dengan menurunkan skuad ‘back up’ sahaja dan ia jelas membuatkan pengurus pasukan, Mikel Arteta pening kepala.

Selain pening memikirkan pemain mana yang mahu dipakai, Arteta juga tertekan dek kerana tak henti-henti dihentam oleh para peminat dan media.

Selain Aubameyang dan Partey, pengurus dari Sepanyol itu turut kehilangan khidmat pemain seperti Alexandre Lacazette, Ben White, Gabriel dan Hector Bellerin.

Penandatanganan baru, Martin Odegaard juga turut terpaksa diketepikan ketika aksi kekalahan 2-0 di tangan Chelsea sebelum ini, atas masalah visa.

Namun masalah tersebut sudah berjaya di atasi dengan beliau berkemungkinan akan diturunkan dalam aksi perlawanan bertemu Manchester City nanti.

Eddie Nketiah dan pemain sayap, Willian juga tidak boleh diturunkan dan bekas pemain Chelsea itu berkemungkinan akan meninggalkan kelab dalam masa terdekat ini untuk kembali ke Brazil.

Kehilangan ramai pemain utama menyebabkan Arsenal tewas 2-0 dalam aksi perlawanan London derby bertemu Chelsea, dan turut dikejutkan dengan kekalahan bertemu Brentford.

Ia merupakan permulaan musim yang paling teruk dalam sejarah penubuhan kelab, namun begitu, masalah tersebut dijangka akan dapat diselesaikan dalam masa terdekat ini.

Walaupun menghadapi permulaan musim yang sukar, Arteta masih tetap menunjukkan sikap optimistik dengan beliau menyatakan bahawa:

“Kita kehilangan sembilan pemain utama, pemain penting dan saya nampak banyak hal yang positif.”

Jelas beliau selepas tamat aksi bertemu Chelsea.

“Ia merupakan waktu yang sukar, tapi saya nampak reaksi yang bagus ketika kita ketinggalan. Skuad saya bermain dengan begitu bersemangat. Mereka mencuba sehabis baik.”

Oleh yang demikian, Arsenal sebenarnya bakal menurunkan kesebelasan terbaik yang mereka miliki tidak lama lagi, dan ia berkemungkinan akan membantu mereka untuk kembali ke kedudukan kelab yang sepatutnya.

Dan mereka memang memerlukan itu ketika aksi bertemu Juara saingan Premier League, Manchester City minggu ini nanti.

Partey dibelenggu masalah kecederaan ligamen di bahagian kaki kanannya ketika aksi perlawanan persahabatan bertemu Chelsea awal bulan lalu.

Pihak kelab sangat berharap beliau akan kembali cergas sepenuhnya sebelum penghujung bulan ini, supaya Mikel Arteta boleh menyusun pemain utamanya tanpa halangan.

Aubameyang pula terpaksa diketepikan ketika aksi perlawanan pembukaan kerana beliau disahkan positif C0V-19, dan hanya diturunkan pada aksi babak kedua pertemuan bertemu Chelsea minggu lalu.

Sementara Alexandre Lacazette pula sebelum ini dikatakan terpaksa direhatkan kerana sakit, dan beliau kini dilaporkan sudah pulih sepenuhnya, dan sudah kembali sertai sesi latihan penuh bersama skuad.

Sebagai tambahan, Arsenal turut berminat untuk menandatangani Kieran Trippier pada musim panas ini, namun mereka masih berunding untuk mendapat pengurangan harga dari Atletico Madrid.

Laporan dari UK menyatakan yang Atletico Madrid meminta £34 juta untuk melepaskan Trippier yang masih mempunyai baki kontrak tidak sampai setahun dengan mereka.

Arsenal walau bagaimanapun tidak sanggup untuk membayar nilai tersebut, dengan mereka mahu cuba berunding dan mendapatkan harga terbaik.

Walau bagaimanapun, kedua-dua Hector Bellerin dan Ainsley Maitland-Niles sudah mendedahkan hasrat mereka untuk meninggalkan kelab, dan Arteta perlu mencari pemain right-back sebelum jendela perpindahan ditutup.

Jadi alasan utama mengapa Arsenal gagal untuk mendapatkan keputusan yang baik pada awal musim ini adalah, mereka masih belum mampu menurunkan skuad terbaik yang kelab miliki.

Dengan menurunkan kesebelasan terbaik, bukan hanya Arsenal boleh mengutip mata demi mata, bahkan mereka juga boleh dapatkan semula kepercayaan serta sokongan dari para penyokong yang sudah mulai pudar pada ketika ini.

Kesebelasan terbaik Arsenal dilihat berpotensi untuk mencabar kedudukan liga, dengan mereka menggabungkan para pemain muda dan berpengalaman.

Emile Smith-Rowe merupakan antara pemain muda yang bersinar ketika ini, begitu juga dengan pemenang pingat emas Olimpik Tokyo, Gabriel Martinelli yang dilihat berpotensi untuk menyerlah.

Kesebelasan utama yang Arsenal harapkan

Penandatanganan terbaru, Albert Lokonga juga antara pemain yang perlu diberi perhatian, kerana beliau antara prospek hebat yang diharapkan oleh Gunners.

Tidak dinafikan masalah kecederaan pemain sememangnya boleh menjejaskan aksi skuad terutama sekali perancangan yang sudah dirancang oleh jurulatih.

Liverpool sebelum ini pernah kehilangan pemain pertahanan kerana dibelenggu masalah kecederaan, dan hasilnya persembahan skuad terjejas teruk dengan mereka berdepan dengan deretan kekalahan secara berturut-turut.

Arsenal kali ini berdepan dengan situasi lebih sukar, dengan mereka kehilangan sembilan pemain utama, dan terpaksa menurunkan skuad ‘back up’ untuk beraksi.

Jadi adil untuk Arteta diberi masa sehingga beliau dapat menggunakan semua pemain utama yang beliau ada, untuk buktikan sesuatu kepada para penyokong.

Seandainya selepas beliau berjaya mendapatkan semula kesemua pemain utamanya, namun masih tetap tidak mampu memberikan hasil yang baik, jelas sekali Arsenal perlu mendapatkan pengurus baharu.

Namun tidak mengejutkan andai selepas kesemua pemain tersebut kembali, Arsenal bakal mampu mencatatkan kemenangan demi kemenangan, dan bersaing untuk berada di kelompok empat teratas dalam saingan liga.

Sumber:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN