Kelibat penyerang berbisa Sabah iaitu Ramon Machado antara yang dianggap mencuri tumpuan untuk aksi kedua Piala Malaysia 2023 membabitkan pasukan tersebut menentang Kuching City.
Machado yang menyertai Sabah sejak pertengahan musim ini dianggap sebagai salah satu pemain import paling berbaloi ditandatangani The Rhinos untuk posisi utama serangan mereka.
Sabah FC meraih kemenangan dalam ketiga-tiga pertemuan tahun ini termasuk pusingan 16 Piala Malaysia di Kuching.
Saddil Ramdani (2 gol) dan Ramon Machado (4 gol) mencatat nama sebagai penjaring dalam 2 aksi terakhir bertemu Kuching City FC.#PialaMalaysia2023 #DemiLigaKita pic.twitter.com/pnbmZNBMt8
— Malaysian Football League (@MFL_MY) August 19, 2023
Walaupun ini menjadi musim pertama beliau di Malaysia, Machado telah pun memberikan impak yang cukup bagus terutama sekali dalam menghasilkan sejumlah jaringan buat pasukan tersebut.
Malah, Kuching City menjadi satu-satunya kelab yang dibolosi dengan empat jaringan daripada Machado sejak dua perlawanan terakhir mereka termasuk saingan pertama Piala Malaysia.
Menarik untuk diperkatakan mengenai aksi ini pastinya terarah kepada penyerang kelahiran Brazil ini jika beliau akan terus menghantui Kuching City malam ini Likas menerusi ketajaman beliau.
Pada aksi pertama Piala Malaysia 2023 lalu, Machado menjadi tumpuan utama kerana impak beliau dalam menghasilkan dua gol individu pada separuh masa pertama perlawanan.
Lebih menarik, dua gol tersebut dihasilkannya dalam tempoh kurang daripada 10 minit dan pastinya Machado akan berada dalam perhatian penuh buat barisan pertahanan pasukan lawan.
Menerusi prestasi semasa beliau yang cukup positif kini, dijangka Datuk Ong Kim Swee bakal mengekalkan pemain tersebut untuk aksi malam ini selaku penggempur utama pasukan.
Selain Machado, kelibat pemain serangan lain seperti Saddil Ramdani serta Darren Lok juga berpeluang untuk disenaraikan dalam kesebelasan utama untuk menentang Kuching City.
Kuching City yang kini berada bawah kendalian Aidil Sharin Sahak pastinya tidak rela untuk melihat kelincahan penyerang lawan itu terus membolosi mereka dalam usaha untuk melakar kejutan mara ke pusingan seterusnya.
Buat pertama kalinya Kuching City berada dalam saingan Liga Super musim ini, ianya dianggap serba sukar buat pasukan tersebut untuk menghadapi kelab-kelab elit seperti Sabah, Johor Darul Ta’zim (JDT), serta lain-lain.
We meet again friend @OfficialKCFC 🫱🏽🫲🏻 pic.twitter.com/DfRxwDdjGU
— Sabah FC Official (@SabahFCofficial) August 19, 2023
Sentuhan daripada Aidil Sharin pastinya didambakan para penyokong pasukan itu untuk menjadikan kembali Kuching City sebagai salah satu pasukan yang mampu berdaya saing bersama kelab lain.
Aksi getir malam ini bakal menjadi penentu buat Sabah jika mereka mampu untuk melayakkan diri ke saingan seterusnya atau terkandas di peringkat 16 terbaik Piala Malaysia 2023.