Penyerang sensasi dunia, Cristiano Ronaldo sekali lagi mencetuskan kontroversi musim ini apabila beliau telah memberi kritikan pedas kepada Manchester United dan pengendali kelab, Erik ten Hag.
Musim ini menjadi sesuatu yang sangat buruk dalam karier Ronaldo selepas prestasinya yang tidak konsisten, serta kelab diwakilinya gagal beraksi dalam saingan UEFA Champions League (UCL).
🚨 Cristiano Ronaldo tells @PiersMorgan: "Manchester United have betrayed me. I've been made black sheep. I don't respect Erik ten Hag". #MUFC pic.twitter.com/hlQcbYyfTE
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) November 13, 2022
Pemenang Ballon d’Or sebanyak lima kali itu dikritik banyak pemerhati bola sepak sebelum itu, setelah dirinya gagal untuk mendapatkan perhatian ten Hag dalam kesebelasan utama.
Ronaldo musim ini dilihat lebih kerap berada di bangku simpanan dan impak yang diberikan tidak cukup besar untuk membantu United memperoleh keputusan positif.
Terbaharu dalam satu sesi temu ramah yang membabitkan pemain tersebut, Ronaldo telah pun meluahkan segalanya yang terpendam mengenai dirinya kepada kelab.
Menerusi laporan dikeluarkan oleh Sport Bible, Ronaldo akui dirinya telah pun dikhianati kelab sepanjang kariernya bersama United ketika ini.
Kritikan-kritikan keras turut dilemparkan kepada ten Hag serta bekas pengendali United iaitu Ralf Rangnick.
“Jika awak bukan seorang jurulatih, bagaimana awak nak menjadi ketua dalam Manchester United? Saya tak pernah dengar tentang dirinya sebelum ini,” ulas Ronaldo.
Pemain tersebut juga turut menjadikan ten Hag sebagai mangsa kritikannya, apabila beliau secara terang menyatakan tidak ada rasa hormat kepada pengendali tersebut.
Cristiano Ronaldo on Erik ten Hag: “I don’t have respect for him because he doesn’t show respect for me. If you don’t have respect for me, I’m never gonna have respect for you.” pic.twitter.com/ct3gz3tKJf
— SPORTbible (@sportbible) November 13, 2022
“Saya tak pernah hormati beliau kerana dirinya sendiri tidak pernah menunjukkan rasa hormat kepada saya. Awak tak hormat saya, maka saya pun akan buat perkara yang sama.
“Jika awak tidak menunjukkan sikap untuk menghormati saya, maka saya tak akan sesekali memberi rasa hormat tersebut kepada awak,” tambah Ronaldo.
Pada masa sama, bekas rakan sepasukan Ronaldo iaitu Wayne Rooney turut tidak terlepas untuk menerima ‘tembakan’ daripada pemain ini.
Cristiano Ronaldo on Wayne Rooney: "I don’t know why he criticises me so badly . . . probably because he finished his career and I’m still playing at high level.”
“I’m not going to say that I’m looking better than him. Which is true…” 😳
Via @piersmorgan pic.twitter.com/pcgxfr2XHJ
— SPORTbible (@sportbible) November 13, 2022
“Saya tak tahu kenapa dia begitu kerap mengkritik saya dengan agak teruk. Kemungkinan besar kerana dia sudah pun menamatkan karier lebih awal dan saya masih beraksi di tahap tertinggi.
“Sukar untuk diri ini katakan yang saya kelihatan lebih baik berbanding dirinya. Ianya adalah sangat tepat,” terang penyerang Portugal itu.
Ketika ditanya mengenai keputusannya untuk menyertai United berbanding Manchester City musim lalu, Ronaldo menyatakan ia kerana kata hati dan nasihat Sir Alex Ferguson.
Walaubagaimana pun, Ronaldo sedar kelab tersebut tidak lagi sama seperti ketika beliau meninggalkannya buat pertama kali lalu.
“Tahap kemajuan kelab tersebut kosong. Sejak Sir Alex tiada, saya tak nampak perubahan positif United. Tidak ada apa-apa berubah.
“Saya rasa penyokong patut tahu kebenaran sebenar. Saya mahukan yang terbaik untuk kelab, dan sebab itu saya datang mewakili United kembali.
“Tetapi ada sesuatu yang berada dalam pasukan tidak membantu kami mencapai tahap tertinggi seperti City, Liverpool, dan sekarang Arsenal.
“Sepatutnya kelab ini berada dalam carta kedudukan tiga terbaik liga, malangnya kami tidak mencapainya lagi musim ini,” jelas Ronaldo akhir sekali.