Saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim 2023 semakin hampir membuka tirainya tidak lama lagi, dengan setiap pasukan kian sibuk mempersiapkan diri masing-masing untuk tampil dengan lebih baik.
Untuk penyokong tempatan, pastinya kehadiran muka-muka import baharu menjadi antara tarikan mereka kerana sesetengah pasukan membuat kejutan untuk menandatangani import berkualiti.
Selamat Datang Ivan Mamut! 🏴🏳️#TerengganuFC#WeBleedBlackAndWhite pic.twitter.com/SOHn5u56Um
— Terengganu Football Club (@FCTerengganu) January 4, 2023
Sesetengah kelab pula, mereka sekadar menandatangani khidmat import yang sudah biasa beraksi dalam Liga-M yang dilepaskan pasukan musim lalu untuk membarisi senarai pemain baharu.
Walaupun begitu, sejak kebelakangan ini tidak begitu ramai pemain import berkualiti atau mempunyai nama besar menyertai Liga-M dan ia menimbulkan persoalan dalam kalangan para penyokong untuk mengetahui punca.
Ada sesetengah pendapat menyatakan import-import berkualiti enggan memilih Malaysia sebagai destinasi mereka kerana saingan liga tempatan ini tidak begitu dikenali ramai.
Namun, pendapat tersebut disanggah kerana rekod menunjukkan beberapa pemain yang mempunyai nama besar dalam dunia bola sepak pernah bertapak di Malaysia untuk meneruskan aksi.
Menurut Effendi Jagan Bin Abdullah selaku Pengarah Urusan Action Football Asia (M) Sdn Bhd, beliau menganggap para pemain import berkualiti kini lebih mementingkan kestabilan kewangan di kelab atau liga berbanding populariti.
“Boleh jadi sebab liga kita tak terkenal, tetapi kebanyakan yang saya dengar adalah sebab duit. Pemain berkualiti ini sebenarnya mereka tidak kisah bermain dimana-mana sahaja lagi-lagi yang sudah berumur 32 tahun keatas.
“Nak kata liga kita tidak ada kualiti atau terkenal, saya rasa Liga M ini di kedudukan kedua di Asia Tenggara dibelakang Liga Thailand.
“Kalau betul liga kita ini tak terkenal bagaimana dulu Bosko Balaban yang pernah bermain dengan Aston Villa dan mewakili Croatia di Piala Dunia bermain untuk Selangor?
“Sebagai contoh ada pemain yang berkualiti bermain di Liga Vietnam kerna gaji mereka boleh mencecah USD 30,000 hingga USD40,000. Sedangkan kalau nak ikut dari segi kualiti liga, kita lebih baik.
“Saya rasa sebab utamanya adalah duit. Jika pemain itu rasa diri mereka bagus dan mempunyai nilai yang tertentu sudah pasti gaji yang diminta tinggi dan kalau tak sampai apa yang dimahukan mereka akan tolak,” katanya menerusi Arena Metro.
Pada masa sama, Effendi juga memberi nasihat kepada setiap pasukan yang bertanding di Malaysia supaya menumpukan kepada pemain muda berbakat daripada import mempunyai nama besar.
Selain tanda harga lebih murah, para pemain ini juga boleh dijadikan sebagai pelan jangka masa panjang buat pasukan untuk terus menyambung khidmat mereka.
“Kalau mereka tidak ada kewangan yang kukuh, mungkin mereka boleh lantik ejen untuk cari bakat-bakat muda yang jauh lebih murah berbanding ambil pemain yang terkenal.
ROMEL MORALES IS PART OF THE KUALA LUMPUR UNITED FC FAMILY !!
"I feel so happy and proud to be in this team. I want to help Kuala Lumpur win something and I will do my best after being given this chance." – Romel Morales #sampaimatikualalumpur pic.twitter.com/AWDeRC4kuS
— Kuala Lumpur City Football Club (@KLCityFootball) February 15, 2021
“Sebagai contoh dulu saya pernah bawa Romel Morales yang ketika itu berusia 18 tahun ke Malaysia dan anda boleh tengok perkembangannya sekarang.
“Sebab kalau orang muda ini kita boleh guna untuk jangka masa yang panjang. Mungkin kalau ada rezeki mereka boleh dinaturalisasi dan mampu untuk menyumbang sesuatu kepada bola sepak di negara ini,” ujarnya.