Perang harga tiket di antara Barcelona dan Manchester United telah mendapat perhatian media. Barcelona diundi menentang Man. United dalam aksi suku akhir UCL. Ianya antara perlawanan yang menjadi tumpuan.
Terbaru, para penyokong Barcelona kecewa dengan harga tiket yang dikenakan oleh Manchester United ke atas mereka untuk menyaksikan perlawanan UCL di Old Trafford.
Para penyokong Barca perlu membayar €120 ataupun sekitar RM558 untuk harga sekeping tiket sahaja bagi perlawanan di Old Trafford.
Kenapa Mahal sangat?
Sebenarnya, perkara ini berlaku kerana pihak pengurusan Barcelona. Mereka yang telah mengenakan caj tiket ‘away’ yang dianggap tidak masuk akal.
Barcelona mengenakan jumlah yang sama – €120 untuk sekeping tiket – ke atas penyokong Man. United yang bertandang ke Nou Camp.
Barcelona to charge Manchester United fans £102 for away ticket at Camp Nou https://t.co/2cCFBK1RXs By @michaelbutler18
— Guardian sport (@guardian_sport) March 20, 2019
Ianya merupakan harga tiket ‘away’ termahal yang pernah dibayar oleh penyokong Man. United untuk perlawanan UCL yang merupakan bukan perlawanan akhir.
Pengurusan Manchester United mengambil inisiatif dengan menggunakan sebahagian daripada kutipan harga tiket untuk disalurkan menjadi subsidi kepada penyokong mereka yang akan ke Nou Camp.
Dilaporkan, penyokong United akan menerima susidi sekitar €33 (kira-kira RM154) – dan hanya perlu membayar sekitar €87 untuk sekeping tiket di Nou Camp.
The €120 Barça are charging MUFC fans for Camp Nou is the most expensive ticket in MU's history outside of a final. MUFC will now increase cost of Barça's tickets at OT to €120…and use difference to subsidise ticket prices for travellers to Camp Nou down to £75.
— Andy Mitten (@AndyMitten) March 20, 2019
Nampaknya, para penyokong sekali lagi menjadi mangsa kepada harga tiket yang dianggap melampau. Bulan lalu penyokong Bayern dan Liverpool bersatu hati untuk mengutuk tindakan pengurusan The Reds yang mengenakan caj lebih kepada penyokong Bayern ketika bertandang ke Anfield.
Bayern fans show solidarity with Liverpool over ticket prices.
Report from Anfield last night, for @M_Star_Online https://t.co/3xkbdKebki pic.twitter.com/Po7sQhNXjg
— James Nalton (@JDNalton) February 20, 2019
Perlawanan pertama di antara Manchester United dan Barcelona berlangsung pada 11 April 2019. Manakala timbal balik di Nou Camp adalah pada 17 April 2019.