Ini Sebab Kenapa Man City Beli Pemain Pertahanan Nathan Ake

Nathan Ake telah sah menandatangani kontrak lima tahun bersama Manchester City sehingga musim panas 2025. The Citizens dilaporkan telah membayar yuran perpindahan sebanyak £40 juta kepada Bournemouth untuk servis Ake.

Perpindahan ini pastinya merupakan satu trajektori yang dialu-alukan oleh pertahanan berusia 25 tahun tersebut. Selepas Bournemouth tersingkir dari kancah Premier League pada musim 2019/2020, Ake kini berpeluang besar untuk mengumpul koleksi pingat juara dalam koleksi peribadinya bersama Man City.

Menjelaskan sebab mengapa City membeli Ake, pengarah bola sepaknya Txiki Begiristain berkata:

“Nathan [Ake] merupakan seorang pertahanan yang berkualiti. Beliau merupakan pemimpin di Bournemouth, dan kami sangat gembira dapat membawa beliau ke sini.

“Beliau seorang pertahanan yang kuat dan laju. Kualiti teknikal dan intelektual beliau sangat-sangat diperlukan dalam perancangan Pep Guardiola.

“Bersaing dengan skuad kami yang sedia ada, yang dipenuhi dengan pemain berkelas dunia, akan meningkatkan tahap permainannya. Kami teruja untuk melihat perkembangan beliau dalam masa-masa akan datang.”

Penyokong City percaya Ake dibawa masuk untuk memberi pilihan alternatif kepada pertahanan tengah kiri utama mereka, Aymeric Laporte.

Selain itu Guardiola juga dijangka akan menggunakan kualiti hantaran yang dimiliki Ake untuk bermain sebagai inverted full back. Pada musim ini, pengurus City itu telah menggunakan Benjamin Mendy dan Oleksandr Zinchenko – seorang pemain tengah – di posisi tersebut.

Embed from Getty Images

Ake merupakan produk akademi tiga kelab Belanda. Bermula di VV Wilhelmus pada usia enam tahun sebelum berhijrah ke ADO Den Haag dua tahun kemudiannya. Pada usia 12 tahun, bakat beliau dikesan oleh Feyenoord yang menandatanganinya.

Ketika di Feyenoord lah, Ake mula mendapat perhatian kelab-kelab besar dunia terutamanya Chelsea – seterunya ketika perlawanan akhir satu kejohanan akar umbi di Belanda. Beliau dijemput melawat Chelsea di London di mana Didier Drogba dilaporkan telah mengajaknya menyertai The Blues.

Ake akhirnya menyertai Chelsea pada tahun 2011 pada usia 16 tahun.

Di Chelsea, beliau bertanggungjawab membantu Chelsea menjuarai FA Youth Cup pada tahun 2012 sebelum menjadi kapten Chelsea yang menjuarai kempen U-21 Premier League pada musim 2013/2014.

Rafa Benitez merupakan pengurus Chelsea yang memberikannya peluang debut bersama pasukan senior ketika perlawanan liga menentang Norwich City pada Boxing Day 2012. Beliau kemudiannya diberi peluang menganggotai kesebelasan utama Chelsea ketika aksi FA Cup menentang Middlesbrough.

Embed from Getty Images

Bagaimanapun peluangnya di Chelsea terhad, menyebabkan kelab barat London itu terpaksa meminjamkannya kepada Reading, Watford dan Bournemouth untuk memberikannya minit aksi kompetitif di peringkat senior.

Kecemerlangan kualitinya meyakinkan Bournemouth untuk menandatangani Ake secara tetap dengan bayaran £20 juta. Sepanjang bermain bersama The Cherries, Ake mencatat 109 penampilan, menjaringkan 8 gol dan bermain kesemua 38 perlawanan pada musim 2017/2018 dan 2018/2019.

Embed from Getty Images

Di peringkat antarabangsa, Ake telah mengumpul 13 kaps bersama skuad senior Belanda dan menjaringkan 2 gol sejak membuat debut menentang Maghribi pada Mei 2017.

Baca juga artikel lain yang berkaitan:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN