Ini Sebab Kenapa Luqman Hakim Perlu Terus Kekal Teguh Di Eropah

Penyerang muda negara, Luqman Hakim Shamsudin sudah mengesahkan diri beliau untuk beraksi untuk pasukan baharu pada tahun ini selepas berkelana beberapa musim di Belgium.

Pertama kali di Iceland, Luqman bakal memulakan karier terbaharunya itu bersama Njarðvík dalam saingan divisyen kedua negara tersebut demi misi untuk terus mendapatkan minit permainan.

Untuk info Njarðvík kini beraksi dalam saingan divisyen kedua di Iceland yang dikenali sebagai Lengjudeild karla serta mempunyai rekod yang agak baik di sana.

Perpindahan Luqman ke sana juga dianggap sebagai sesuatu yang sensasi, selepas pasukan tersebut turut memperkenalkan beliau menerusi suatu rakaman video.

Menerusi kenyataan rasmi kelab, penyerang muda negara itu menyertai Njarðvík secara pinjaman daripada K.V Kortrijk untuk musim 2023.

Jika dilihat situasi di media sosial, ada segelintir penyokong yang kecewa dengan kelab baharu diwakili oleh Luqman sambil menganggap pasukan di Malaysia lebih baik untuk disertai.

Sebenarnya sudah ada suara-suara yang tidak yakin dengan Luqman di Eropah sejak beliau tidak begitu mendapat ruang dan minit permainan mencukup bersama K.V Kortrijk.

Antara sebab dikeluarkan segelintir penyokong ialah aksi beliau bersama skuad kebangsaan yang dilihat agak merudum ketika itu serta ketajaman Luqman tidak lagi seperti awal kariernya bersama pasukan negara.

Namun, kami beranggapan Luqman masih lagi perlu terus kekal di Eropah kerana banyak lagi yang boleh diperoleh pemain tersebut berbanding rakan-rakan sepermainan di Malaysia.

Belajar dan mengenal budaya latihan di Eropah

Sesuatu yang tidak ada pada pemain lain ialah bagaimana Luqman sebenarnya telah mempelajari budaya serta latihan di Eropah berbanding di Malaysia.

Menurut pemain warisan negara iaitu David Rowley, beliau mengakui di Eropah disiplin menggambarkan segalanya dalam sesi latihan walaupun bermain di kelab yang biasa sahaja.

Ini merupakan suatu budaya yang sangat bagus untuk Luqman pelajari dengan baik di sana dalam usaha beliau untuk menjadi seseorang yang berdisiplin seperti datang awal ke sesi latihan dan mengamalkan gaya pemakanan sihat sebagai atlet profesional.

Walaupun tidak mendapat impak sepenuhnya dari segi minit dan peluang selaku pemain di Eropah, sekurangnya Luqman telah mempelajari dan didedahkan dengan baik tentang disiplin selaku bintang bola sepak profesional.

Jadi inspirasi kepada pemain muda baharu

Kisah Luqman yang beraksi di Eropah wajar dijadikan sebagai suatu inspirasi terbaik buat para anak muda lain untuk cuba lebih berani di negara orang dalam mengejar cita-cita selaku pemain bola sepak.

Kecekalan Luqman untuk terus berjuang bersama para pemain lain di Eropah dalam merebut segala peluang merupakan sesuatu yang baik untuk dijadikan contoh.

Bayangkan jika Luqman pulang dengan lebih awal, semakin sukar rasanya untuk anak-anak muda lain lebih berani selepas ini cuba memasarkan diri ke pentas Eropah.

Intensiti latihan tidak sama

Berdepan dengan lawan yang mempunyai fizikal lebih baik serta corak permainan pantas pastinya memberi pengajaran berguna sebenarnya buat Luqman di Eropah.

Ini merupakan suatu nilai tambah buat dirinya berbanding rakan-rakan lain di Malaysia, kerana Luqman telah didedahkan dengan corak latihan lebih baik di sana sejak usia masih muda.

Lihat sahaja hasilnya kini, fizikal Luqman jelas berbeza dengan dirinya semakin tegap dan mempunyai saiz sangat baik selaku penyerang masa depan negara.

Tidak ramai pemain di Malaysia yang mampu mengubah fizikal mereka dengan baik untuk memberi daya saing kepada pasukan-pasukan di Eropah.

Jika ada, ianya mengalami kesan perubahan yang agak lambat dan diet pemakan juga tidak begitu terurus berbanding apa dibuat di Eropah.

Kesimpulan

Pastikan sahaja Luqman terus berjuang di Eropah sementara usia beliau yang masih muda kini kerana perjalanannya masih lagi panjang.

Siapa sahaja boleh beri jaminan jika Luqman pulang ke Malaysia, kariernya bersama kelab tempatan akan kembali meningkat?

Sedangkan kini setiap pasukan di Malaysia jelas menitikberatkan soal penyerang import serta lebih percaya kepada calon pemain warisan berbanding anak muda tempatan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN