James Maddison meminta maaf kepada pakar pemakanan Tottenham Hotspur kerana beliau mengamalkan pemakanan yang tidak sihat setiap kali selepas tamat perlawanan.
Bintang Tottenham Hotspur itu mendedahkan yang beliau sering mengamalkan makanan tidak sihat setiap kali selepas tamat perlawanan.
James Maddison telah meninggalkan Leicester City untuk menyertai Tottenham Hotspur pada jendela perpindahan musim panas lalu dengan yuran perpindahan bernilai £40 juta.
🗣️ James Maddison on his post-match meal: "I'll have a big chippy. That's my recharge meal, I love a big chippy.
"Fish, chips, sausage, curry sauce, covered in salt & vinegar. My mouth is watering a little bit at the thought of it.
"Sorry to the Spurs nutritionists!” 😅😂 pic.twitter.com/stCdEv1gxz
— SPORTbible (@sportbible) October 12, 2023
Setakat musim 2023/24 ini, pemain berusia 26 tahun itu telah memberikan impak yang sungguh luar biasa menakjubkan kepada kelab.
Beliau berjaya menjaringkan 2 gol dan turut mencatatkan lima assist dari sembilan penampilan bersama kelab dari London itu.
Bercakap kepada rakan sepasukannya, Eric Dier dalam satu video baru-baru ini, Maddison telah mendedahkan makanan tidak sihat yang sering beliau amalkan.
Dalam video yang dimuat naik oleh Cinch itu, Dier bertanya kepada Maddison:
“Bagaimana kamu mengecas diri selepas tamat perlawanan?”
James Maddison kemudiannya menjawab:
James Maddison on how he recharges after a game:
"I'll have a big chippy. That's my recharge meal I love a big chippy. Fish, chips, sausage, curry sauce, covered in salt & vinegar. Mouths watering at the thought.
Sorry to the Spurs nutritionists if they're watching" 😂🤍… pic.twitter.com/ytd1GlDl2V
— alex (@boshtecogl0u) October 11, 2023
“Saya peminat tegar Chippy. Itu makanan pengecas saya.”
“Saya suka chippy yang besar. Ikan, chips, sosej, sos kari. Disajikan dengan garam dan cuka. Mulut saya berair ketika memikirkannya.”
Pemain midfield itu kemudiannya meminta maaf kepada pakar pemakanan Spurs kerana mengamalkan pemakanan tidak sihat itu.
“Minta maaf kepada pakar pemakanan Spurs andai mereka menonton.”
James Maddison tidak dinafikan lagi sememangnya telah memainkan peranan yang cukup penting dalam membantu Spurs untuk berada di puncak saingan Premier League pada ketika ini.
Beliau turut mendedahkan yang dirinya tidak begitu gembira dengan rehat antarabangsa kali ini kerana ia tiba pada waktu yang tak sesuai.
Bercakap kepada BBC Radio 5 Live, Maddison mendedahkan bahawa:
“Saya rasa saya sedang berada di puncak permainan saya, dan itu menyumbang kepada kemenangan pada ketika ini, dan kami memulakan saingan musim ini dengan sangat baik, dan kami sedang berada di momentum terbaik.”
Jelas James Maddison.
Think we can all agree that James Maddison is better than Mason Mount. pic.twitter.com/HPXiJn6FDC
— Janty (@CFC_Janty) October 7, 2023
“Jika difikirkan, rehat antarabangsa tiba mungkin pada masa yang sedikit menjengkelkan.”
James Maddison kemudiannya menambah lagi dengan menyatakan yang beliau tiada masalah untuk mewakili negara dan mendedahkan tentang mengapa beliau merasakan rehat antarabangsa kali ini menjengkelkan baginya.
“Kamu tentu saja tak kan pernah untuk tak mewakili negara kamu, kerana saya selalu katakan ia sangat membanggakan ketika saya bersama skuad England, tapi sekarang saya bercakap tentang kelab saya, kami sedang berada di tahap persembahan terbaik, kami masih belum terkalahkan dalam saingan liga.”
“Kami kembali dari rehat antarabangsa sebelum ini dan terus beraksi baik dan kami menang di minit akhir bertemu Sheffield United dengan sangat baik. Semoga kami boleh lakukan hal yang sama sekali lagi selepas rehat antarabangsa ini dan meneruskan rentak kecemerlangan kami.”
Harus diakui yang Maddison sememangnya sedang berada di tahap persembahan terbaiknya pada ketika ini dan wajar untuk beliau berfikir yang rehat antarabangsa kali ini boleh menjejaskan momentumnya.
Spurs kini sedang berada di puncak saingan Premier League, namun kedudukan mereka jelas sekali masih belum sangat selesa.
Seperti kebiasaan pada musim-musim sebelum ini, Spurs perlahan-lahan akan menjarakkan diri dari puncak saingan liga dan diakhir musim mereka sudah jauh dari menjadi pencabar kejuaraan.
James Maddison in the Premier League this season:
◉ Most passes into the box (106)
◉ Most chances created (25)
◉ Most assists (5)Main man Madders. 🍽 pic.twitter.com/rp0mne9G6c
— Squawka (@Squawka) October 7, 2023
Musim ini, dengan semangat yang para pemain ada, tidak akan mengejutkan andai mereka mampu untuk kekal di puncak, seterusnya mengakhiri saingan liga sebagai juara.
Mampukah Maddison membantu Spurs untuk bergelar juara? Bincangkan di ruangan komen.