Saga perpindahan Neymar semakin panas. Namun pihak Barcelona masih bertegas bintang Brazil itu akan kekal di Camp Nou.
Neymar jelas masih gembira di Barcelona dengan membantu kelab tersebut menang ke atas Juventus dalam perlawanan pra-musim.
Josep Maria Bartomeu mengesahkan Gerard Pique menawarkan dirinya untuk bercakap dengan Neymar mengenai perkara tersebut.
Pique mahu bercakap dengan Neymar atas kapasiti pemain senior dan juga salah seorang pemimpin di Barcelona.
Bartomeu yakin Pique sangat membantu di dalam usaha mengekalkan Neymar kali ini. Khamis lalu, Pique menjemput Neymar di hotel untuk memberikan sedikit nasihat kepada pemain itu.
Pique juga bertanya, adakah Neymar tidak berpuas hati dengan beberapa perkara di Barcelona?
Pique mengingatkan Neymar, bahawa PSG bukan seteru utama Barcelona di arena bola sepak walaupun mereka memiliki duit yang banyak dan cuba membeli pemain tersebut dengan harga yang tinggi.
Pique berpendapat, PSG akan meminta Neymar memenangi semua piala dan itu yang akan menambahkan tekanan kepada penyerang sensasi Brazil tersebut.
Sedangkan di Barcelona beliau masih boleh fokus untuk membangunkan diri beliau berbanding dengan terlalu memikirkan tekanan untuk memenangi piala semata-mata.
Pique tahu bahawa Dani Alves memainkan peranan yang penting dalam usaha memujuk Neymar menyertai kelab Paris tersebut.
Namun begitu menurut Pique, Dani Alves tidak ada kuasa untuk menyelamatkan Neymar suatu hari nanti apabila kelab tersebut tidak berpuas hati dengan beliau.
Barcelona masih giat memburu beberapa pemain di dalam senarai pembelian mereka. Ironinya apabila Barcelona sendiri mahu mendapatkan Marco Verratti dari PSG.
Sumber