Ini Sebab Jordi Amat Anggap Indonesia Mampu Rangkul Kejuaraan AFF

Pertahanan kental Johor Darul Ta’zim (JDT) iaitu Jordi Amat bakal menjadi kekuatan terbaharu buat Indonesia untuk merebut kejuaraan Piala AFF 2022.

Malah pemain warisan tersebut juga menyifatkan Indonesia berpeluang untuk merangkul kejuaraan tersebut selepas menyertai suasana kem latihan pusat pasukan itu.

Jordi menilai Indonesia sebagai salah satu pasukan yang sangat kuat serta mempunyai banyak pilihan untuk tampil selaku juara menerusi elemen tersebut.

“Apa yang saya lihat, Indonesia merupakan sebuah negara yang sangat kuat serta mempunyai banyak pilihan untuk menghadapi saingan ini.

“Jangkaan saya, Indonesia mampu untuk merangkul gelaran juara Piala AFF pada musim ini berdasarkan situasi itu,” jelas Jordi menerusi CNN Indonesia.

Pada masa sama, Jordi juga mengakui Indonesia mempunyai barisan pemain yang sangat positif bersama staf kejurulatihan yang sangat berkualiti.

Beliau juga mengakui ketika ini dirinya sangat lega selepas proses pendaftaran selaku warganegara Indonesia sudah selesai dan kini boleh tampil selaku status pemain warisan.

“Kami memiliki barisan pemain yang sangat kuat serta dibantu oleh staf kejurulatihan yang berkualiti. Pastinya kami akan menghadapinya bersama-sama dengan baik.

“Saya juga sangat lega selepas proses tersebut sudah pun selesai dan kini saya dapat mewakili skuad kebangsaan Indonesia dengan rasa gembira dan ghairah untuk membantu mereka kecapi kejayaan,” tambah Jordi.

Bekas pertahanan Swansea itu mula menyertai kem latihan pusat bersama Indonesia sejak Khamis lalu bersama beberapa lagi rakan pemain di Bali.

Pemain berusia 30 tahun itu kini menjadi salah seorang tonggak pertahanan JDT selaku status import bagi kuota Asia Tenggara dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M).

Kali terakhir beliau beraksi bersama JDT ketika aksi persahabatan membabitkan kelab tersebut menentang Borussia Dortmund di Stadium Sultan Ibrahim (SSI).

JDT ketika itu mencatat kekalahan 1-4 di tangan pasukan lawan dan Jordi bermula sebagai kesebelasan utama untuk berpasangan bersama Shahrul Saad dan Feroz Baharudin.

Bersama Indonesia, Jordi akan menjadi salah satu pemain penting buat Shin Tae-yong untuk merencana taktikal dan menggunakan pengalaman beliau sebelum ini di Eropah untuk memperkukuhkan pertahanan tengah.

Cabaran pertama yang bakal dihadapi Jordi untuk aksi Piala AFF ini ialah menentang Kemboja pada 23 Disember sebelum tiba di Malaysia tiga hari selepas itu untuk membuat perhitungan bersama Brunei.

Sumber:
CNN Indonesia

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN