Dani Alves Tidak Menyesal Tinggalkan Barca Kerana Sudah Bosan Dengan Pengurusan

Menjelang pertemuan di antara Juventus dan Barcelona awal pagi esok. Perhatian pastinya terarah kepada bekas bek sisi Barcelona iaitu Dani Alves.

Dani Alves adalah pemain yang kerap menghadirkan sentuhan magis dalam peringkat tertinggi untuk Barcelona. Kini beliau beraksi untuk Juventus.

Beliau menanti kunjungan bekas rakan sepasukan beliau di Turin.

Dani Alves ditemuramah oleh wakil FIFA. Beliau menyatakan beliau langsung tidak menyesal meninggalkan Barcelona meskipun mengakui merindui kelab dan penyokong di sana.

Bulan lalu, Alves terbuka mengkritik pengurusan Barca yang suka tarik tali dengan kontrak beliau.

Pada beberapa musim terakhir, Alves merasakan dirinya hanya diperlukan ketika Barcelona gagal mendapatkan beberapa pemain bintang yang baru di posisi beliau dan kemudian digantung dari jendela perpindahan.

Alves juga berpendapat Barca mahu melanjutkan kontrak beliua supaya boleh menjual beliau dengan harga tinggi. Akhirnya dia muak dan meninggalkan Barca.

Alves menyelar pengurusan Barcelona yang disifatkannya tidak tahu menjaga dan menghargai pemain-pemain mereka.

Alves berkata sebelum ini:

“Mereka tidak menghormati saya! Mereka hanya menawarkan kontrak baru kepada saya ketika FIFA mengenakan penggantungan ke atas mereka.”

“Kemudian saya menandatangani kontrak itu yang di dalamnya ada klausa penamatan kontrak (termination clause).”

“Mereka yang mentadbir Barcelona tidak tahu cara melayan para pemain mereka.”

Alves tidak mahu hipokrit dan cuba bermulut manis ketika ditanya wartawan sekali lagi tentang perasaan beliau ketika meninggalkan Barcelona.

Dipetik dari laman rasmi FIFA, Alves berkata:

“Saya ulangi sekali lagi, saya memiliki banyak kenangan manis di sini tetapi tidak dengan pengurusan pada musim-musim terakhir saya di sini.”

“Saya harus mengatakan bahawa saya sudah berada di tahap yang paling janggal pada ketika itu,”

“Banyak perkara di kelab (Barca) telah berubah dan saya yakin saya pergi pada masa yang tepat.”

“Pada satu tahap, saya kerapkali mendengar mereka berkata: ”Dani adalah pemain yang harus pergi (dijual).”

“Saya bosan mendengarnya dan mengambil keputusan untuk pergi ke destinasi yang baru untuk mencari kebahagiaan tempat lain.”

“Di sini memang agak berbeza. Ia satu cabaran yang agak besar juga untuk datang ke sini. Namun saya sentiasa bersedia menghadapi cabaran yang lebih besar.”

Baca juga: Sistem VAR Jadi Kenyataan Di Malaysia, Bakal Dilaksana Di Liga Super Bermula 2018

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN