Ini Respon Ketum PSSI Mengenai Tawaran Kepada Pemain Indonesia Daripada Liga M

Ketum PSSI Mochamad Iriawan Indonesia

Ketua Umum (Ketum) Persatuan Sepakbola Seluruh Indonesia (PSSI), Mochamad Iriawan berbangga dengan perkhabaran perpindahan pemain-pemain Indonesia.

Dua pemain terutamanya, Evan Dimas dan pertahanan, Hansamu Yama dikaitkan dengan perpindahan ke Liga Malaysia apabila dikatakan mendapat beberapa tawaran daripada pasukan yang bersaing di Liga Super. Untuk rekod, Evan Dimas sebelum ini sudah pernah beraksi di Malaysia bersama Selangor pada musim 2018.

Terengganu FC dikatakan amat berminat untuk membawa Evan Dimas ke Malaysia, sementara beberapa pasukan seperti Perak, Kuala Lumpur dan sebuah kelab di Pantai Timur pula dikatakan mahu melamar Hansamu Yama datang ke Malaysia.

Begitupun, menurut laporan New Starits Times, Ketua Pegawai Operasi (COO), Terengganu FC, Mohd Sabri Abas telah berkata yang cubaan mereka untuk memancing Evan Dimas tidak akan diteruskan gara-gara di luar kemampuan mereka.

Khabar ini telah dimaklumkan oleh wartawaran The Star, T. Avineswaran sebelum ini dan ia telah menarik minat media-media di Indonesia seterusnya satu persoalan mengenainya telah diajukan kepada Ketum PSSI pada satu sidang media.

Iriawan dalam respon singkatnya kepada media, “Saya berbangga jika ada pemain kita yang bermain di luar [negara]. Saya berharap agar pemain-pemain kita mencontohi pemain-pemain Korea Selatan dan Jepun yang beraksi di luar negara mereka.”

Beliau juga berkata yang situasi ini menunjukkan yang pemain-pemain Indonesia mempunyai kualiti untuk bermain di luar negara dan mampu beraksi baik jika berhijrah.

Sebelum ini, Hansamu Yama sendiri mengakui ada beberapa pasukan di Malaysia menghubunginya, namun masih belum memutuskan mengenai masa depannya. Ini kerana, beliau masih memiliki kontrak bersama kelabnya, Persebaya Surabaya.

“Beberapa kelab [Malaysia] memang sudah menghubungi saya. Mungkin bukan sahaja saya [dari Indonesia], beberapa pemain lain juga saya dengar turut mendapat tawaran,” jelasnya kepada Goal Indonesia tentang khabar angin perpindahannya.

Namun, menurut Avineswaran, perkembangan terkini tentang Hansamu Yama adalah sudah terdapat perbincangan antara Persatuan Bolasepak Perak (PAFA) bersama wakil pemain tersebut menjadikan Perak antara paling hampir untuk mendapatkannya.

KREDIT FEATURED IMAGE: PSSI

Baca lagi artikel mengenai Ketum PSSI dan Indonesia:

Hansamu Pranata: Memang Ada Kelab Dari Malaysia Hubungi Saya

Kalau Boleh Ke Bulan, PSSI Memang Mahu Bawa Skuad Indonesia Berlatih Di Sana

PSSI Ancam Mahu Pecat Shin Tae-yong Selepas 6 Bulan, Kenapa?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN