Ini Punca Kenapa Shin Tae-yong Marah Sangat Kepada Skuad Indonesia

Ketua jurulatih skuad kebangsaan Indonesia, Shin Tae-yong diakui merupakan seorang yang sangat tegas dan berdisiplin, terhadap barisan pemain kendaliannya ketika sesi latihan atau perlawanan berlangsung.

Namun ketegasan beliau itu dilihat berbaloi, apabila kini skuad kebangsaan Indonesia dilihat berada pada landasan terbaik untuk kembali menjadi salah satu pencabar di Asia Tenggara.

Kini, beliau bersama skuad kebangsaan Indonesia bawah 20 (B-20) di Turki dalam persiapan mereka untuk saingan Piala Asia dan Piala Dunia tahun hadapan.

Selain Turki, Tae-yong bersama para pemain juga dilaporkan bakal berada di Sepanyol selepas itu untuk menjalani kem latihan pusat serta mengadakan aksi persahabatan untuk menguji kekuatan semasa mereka.

Terbaharu, skuad B-20 mereka telah pun terikat seri tanpa jaringan di Turki ketika mereka menentang pasukan kebangsaan Moldova B-20.

Pada perlawanan tersebut, pengendali dari Korea Selatan itu jelas marah dengan prestasi yang dipamerkan oleh para pemain, terutama sekali kapten Indonesia iaitu Barnabas Sobor.

Sebelum ini skuad kendalian Tae-yong itu telah mencatat kemenangan terhadap Moldova dalam pertemuan pertama dan mereka gagal mengulanginya pda aksi kedua.

Ketika perlawanan terhenti seketika semalam, jurulatih itu mengambil peluang untuk memarahi kapten Indonesia kerana tidak mempamerkan aksi yang diharap.

Barnabas Sobor dipercayai tampil dengan aksi yang kurang menyakinkan sehingga beberapa kali pintu gol Indonesia hampir diancam oleh pasukan pihak lawan.

Tambahan pula, sebagai seorang kapten yang memimpin rakan sepasukan lain, Tae-yong jelas tidak boleh menerima aksi yang dipamerkan oleh pemain muda itu.

“Kalau kamu tidak menjadi kapten perlawanan ini saya masih boleh terima lagi, cuba kamu cakap apa saja yang kamu telah buat di separuh masa pertama?

“Apa yang kamu semua buat pada sesi latihan dengan perlawanan sebenar sangat jauh berbeza. Setiap kali hantaran ke hadapan dibuat pastinya akan terlepas kepada lawan. Susah begini,” marah Tae-yong kepada Sobor dan rakan sepasukan lain menerusi CNN Indonesia.

Mewakili rakan pemain, Sobor hanya menerima kemarahan tersebut dan mengatakan mereka akan kembali dengan aksi lebih baik.

Selepas menerima kemarahan tersebut, aksi skuad B-20 Indonesia dilihat tampil dengan lebih baik di separuh masa kedua, namun keputusan kekal tamat sehingga wisel penuh dibunyikan oleh pengadil perlawanan.

Sumber:
CNN Indonesia

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN