Ini Profil Lengkap Barisan Kejurulatihan Harimau Malaya Yang Baharu

Sebentar tadi telah berlangsung sidang media oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk memperkenalkan barisan kejurulatihan baharu skuad kebangsaan Harimau Malaya yang baharu.

Berikut adalah profil ringkas setiap daripada mereka yang perlu anda tahu.

“Sukar Dan Tak Sabar” – Sudah Berada Di Malaysia, Ini Pandangan Kim Pan-gon Tentang Dua Seteru Senegara

KimPan-gon (Ketua jurulatih)

Kim Pan-gon pernah dikenali sebagai ‘Guus Hiddink Hong Kong’ kerana peranannya membangkitkan bola sepak bekas wilayah jajahan British itu, sebelum kembali ke Korea Selatan untuk  mengetuai jawatankuasa khas Persatuan Bola Sepak Korea Selatan (KFA) yang betanggungjawab melantik ketua jurulatih skuad kebangsaan negara itu.

Antara tugasnya ialah melantik Paulo Bento untuk menggantikan Shin Tae-yong sebagai pengendali skuad kebangsaan Korea Selatan pada 2018.

Memiliki Lesen Pro AFC, Kim Pan-gon kini menjadi taruhan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk membangkitkan kembali ‘roh Harimau Malaya’.

Jawatan Terdahulu:
2018-2022: Pengarah Pasukan Kebangsaan di Persatuan Bolasepak Korea (KFA)
2012-2017: Ketua jurulatih kebangsaan Hong Kong
2011: Penolong Jurulatih Gyeongnam FC (Republik Korea)
2009-2010: Ketua jurulatih kebangsaan Hong Kong
2008-2010: Ketua jurulatih South China FC (Hong Kong)
2005-2008: Penolong jurulatih Busan IPark FC (Republik Korea)

Pau Marti Vincente (Pembantu jurulatih)

Pau Marti Vicente adalah jurulatih yang berasal dari Sepanyol, dan mempunyai pengalaman luas di peringkat pembangunan bersama akademi terkenal milik Barcelona FC, iaitu La Masia.

Pau Marti juga bukan watak asing bagi Kim Pan-gon kerana kedua-duanya pernah bekerja bersama-sama ketika bersama Persatuan Bola Sepak Hong Kong.

Pernah membimbing skuad Barcelona B-18 bersama Xavi Garcia Pimienta pada 2017-2018, dan kini di bawah Iban Cuadrado, Pau Marti adalah pelatih kepada antara bakat-bakat besar Barcelona dan eropah.

Pada musim 2017-18 misalnya Pau Marti bersama Garcia Pimienta berjaya membawa skuad remaja Barcelona itu menjuarai pertandingan UEFA Youth League.

Antara pemain berbakat besar di dalam skuad remaja Barcelona bersama skuad tersebut dan selepas itu adalah seperti pemain tengah meningkat naik, Riqui Puig dan Alvaro Sanz; bek tengah meningkat, Arnau Comas; penjaga gol, Arnau Tenas; dan wonder kid, Ansu Fati.

Jawatan Terdahulu:
2021-2022: Penolong Jurulatih FC Barcelona B-18
2018-2021: Penolong Jurulatih FC Barcelona B
2017-2018: Penolong Jurulatih FC Barcelona B-19
2013-2017: Penolong Jurulatih Adelaide United FC (Australia)
2012-2013: Penolong Jurulatih Kebangsaan Hong Kong
2012-2013: Penolong Jurulatih Kitchee SC (Hong Kong)

Cho Jun-ho (Jurulatih penjaga gol)

Berusia 48 tahun Cho Jun-ho memiliki pengalaman luas di dalam K-League dan pernah beraksi bersama beberapa pasukan di Korea Selatan.

Karier sebagai pemain bermula bersama kelab separuh profesional, Korea Housing & Commercial Bank FC sebelum kecekapan beliau di hadapan gawang dihidu Pohang Steelers.

Sempat beraksi bersama Jeju United di mana beliau melakukan penampilan terbanyak, Jun-ho kemudiannya beraksi bersama Daegu FC sebelum bersara dan menjadi jurulatih penjaga gol di kelab tersebut.

Karier kejurulatihan Jun-ho juga turut pernah ditagih oleh Seoul FC untuk skuad B-15, dan Chiangrai United sejak 2019 sebelum dilamar Kim Pan-gon untuk ke Malaysia.

Daripada segi kelayakan, Jun-ho memiliki Lesen A AFC dan Lesen penjaga gol Level 3 AFC.

Jawatan Terdahulu:
2020-2021: Jurulatih Penjaga Gol Chiangrai United (Thailand)
2018-2019: Jurulatih Penjaga Gol Zhongnan Codion FC (China)
2017: Jurulatih Penjaga Gol Skuad B-16 Wanita Republik Korea
2014-2016: Jurulatih Penjaga Gol Skuad B-15 & B-18 FC Seoul (Repulik Korea)
2011-2013: Jurulatih Penjaga Gol Daegu FC (Republik Korea)

Dr Gokhan Kandemir (jurulatih kecergasan)

Berbanding dengan mereka yang lain, Dr. Gokhan Kandemir adalah satu-satunya pembantu bukan warga Korea Selatan di dalam pasukan kejurulatihan baharu yang dibawa oleh Kim Pan-gon.

Bersama pasukan negara, Dr. Kandemir akan bertindak sebagai jurulatih kecergasan. Baru sahaja berusia 35 tahun, beliau sudah pun memiliki Lesen A UEFA dan PhD (Movement and Exercise Science) dari Ankara University Sports Science.

Sebelum ke Malaysia, Dr. Kandemir berpengalaman luas di dalam bidang kecergasan bersama beberapa kelab di Turki seperti Gaziantepspor dan Trabzonspor.

Sebelum ke Malaysia, Dr. Kandemir adalah Jurulatih Kecergasan Kocaelispor di Superlig.

Jawatan Terdahulu:
2021-2022: Jurulatih Kecergasan Kocaelispor (Turki)
2018-2021: Ketua Jabatan Prestasi Trabzonspor (Turki)
2017-2018: Jurulatih Kecergasan MKE Ankaragücü (Turki)
2016-2017: Jurulatih Kecergasan Akademi Remaja Trabzonspor (Turki)
2016-2017: Jurulatih Kecergasan Gaziantepspor (Turki)
2014-2016: Jurulatih Kecergasan 1461 Trabzon (Turki)

Lim Jaehun (Penganalisis)

Tidak banyak boleh diperkatakan mengenai juruanalisis pasukan Harimau Malaya yang baharu ini. Tetapi dengan kelayakan yang dimilikinya seperti Lesen A AFC/KFA dan Sijil Analisis Bolasepak KFA, maka tidak hairanlah mengapa beliau dipandang tinggi oleh Kim Pan-gon

Pengalamannya di dalam analisis dan kejurulatihan juga bukan calang-calang. Selain daripada pernah menggalas peranan sebagai juruanalisis prestasi bersama beberapa kelan seperti Pohang Steelers FC dan Daegu FC, Jaeuhun turut pernah memainkan peranan yang sama bersama skuad kebangsaan Korea Selatan dari 2016-2019.

Jawatan Terdahulu:
2019-2021: Jurulatih Analisis Prestasi Seoul E-land FC (Republik Korea)
2016-2019: Juruanalisis Prestasi di Persatuan Bolasepak Korea (KFA)
2015-2016: Juruanalisis Prestasi Pohang Steelers FC (Republik Korea)
2014-2015: Juruanalisis Prestasi Shenzhen FC (China)
2013-2014: Juruanalisis Prestasi Daegu FC (Republik Korea)

Mula tugasan

Kesemua mereka akan memulakan tugasan dengan segera dijangka bermula dengan perlawanan Piala Sumbangsih nanti. Sementara itu pengumuman mengenai pembantu jurulatih tempatan pula akan diumumkan kemudian.

Skuad Harimau Malaya akan bertemu Filipina pada 23 Mac dan Singapura pada 26 Mac sebagai persiapan menghadapi pusingan ketiga kelayakan Piala Asia yang akan berlangsung pada 8-14 Jun depan.

Selamat maju jaya kami ucapkan kepada Kim Pan-gon dan semua barisan kejurulatihan baharu Harimau Malaya!

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN