Ini Perkara Yang Menyebabkan Penurunan Prestasi Mario Gotze

Mario Gotze

Siapa sangka, dari seorang wira yang membantu Jerman muncul juara Piala Dunia 2014, Mario Gotze kini sedang berusaha keras untuk kembali meningkatkan prestasinya di Belanda bersama PSV Eindhoven.

Gotze yang ketika itu berusia 22 tahun seolah-olah berada di kemuncak kariernya apabila jaringan kemenangan pada minit ke-113 telah membantu Jerman menjuarai saingan paling berprestij di dunia itu buat kali keempat setelah menunggu selama 24 tahun.

Bagaimanapun, selepas itu seperti ada yang tidak kena terhadap kariernya apabila prestasi beliau mula menunjukkan penurunan sehingga terpaksa dilepaskan Bayern Munich bagi kembali menyertai kelab lamanya, Borussia Dortmund pada musim 2016/17.

Mengulas mengenai perkara tersebut, Gotze tanpa berselindung mendedahkan faktor tekanan tinggi menjadi penyebab utama masalah yang dihadapinya.

”Dari luar, sudah tentu banyak perhatian media dan juga tekanan,” ujar Gotze menurut laporan Goal.

”Namun satu-satunya yang paling penting ialah padangan saya, pandangan saya sendiri dan bagaimana saya memandang diri sendiri dan perkembangan karier saya.”

”Mungkin saya terlalu meletakkan tekanan tinggi terhadap diri saya sendiri.”

”Dan itu adalah satu-satunya perkara yang lebih penting berbanding apa yang orang lain harapkan atau katakan kerana pada akhirnya, ia adalah berkaitan dengan diri anda dan bagaimana anda melihat diri anda sendiri.”

Menyertai kelab Eredivisie itu pada musim panas lalu, Gotze telah membuat 14 penampilan dalam semua pertandingan dan berjaya menjaringkan empat gol serta mencipta dua bantuan jaringan.

Kredit featured imageAlexander Hassenstein/Getty Images

Baca artikel lain dari kami mengenai Mario Gotze:

Tinggalkan Jerman, Mario Gotze Diikat PSV Secara Percuma

‘Saya Tak Mampu Jadi Seperti Dulu Lagi’ – Apa Punca Kejatuhan Mario Gotze?

Mario Gotze Akui Beliau Hampir Kembali Berada Di Bawah Kendalian Jurgen Klopp

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN