“Ini Pasukan Sama, Kita Boleh Agak Keputusan Nanti” – Khalid Ali

Khalid Ali MFL terima kasih

Khalid Ali selaku bekas pemain bola sepak kebangsaan serta pemerhati bola sepak tempatan menganggap pemilihan skuad Harimau Malaya kali ini sebagai kitar semula sahaja berdasarkan senarai 30 pemain dikeluarkan baru-baru ini.

Menurut beliau, tidak ada elemen kejutan yang dibuat oleh pengendali baharu skuad kebangsaan iaitu Kim Pan-gon mengenai pemilihan para pemain kali ini melainkan hanya memanggil kembali Safiq Rahim dalam kem negara tanpa wajah-wajah baharu yang lebih menyerlah.

“Ini pasukan sama cuma ditambah dua hingga tiga pemain saja, dan kita boleh agak apa hasilnya nanti.

“Mungkin Pan-gon tak ada pilihan. Beliau mungkin lihat ini saja kelompok pemain berkualiti yang kita ada setakat sekarang. Ini menunjukan pemain lain masih jauh lagi untuk bersaing atau mengetuk pintu skuad negara,” katanya menerusi Harian Metro.

Pengumuman mengenai barisan pemain skuad negara itu telah dibuat pada Khamis lalu menerusi pengendali dari Korea Selatan tersebut untuk menghadapi dua perlawanan Tier 1 menentang Filipina dan Singapura pada hujung bulan ini dimana Singapura bakal menjadi tuan rumah bagi siri perlawanan persahabatan tersebut.

Bekas pengendali skuad kebangsaan Hong Kong itu juga bakal menjadikan medan perlawanan ini sebagai tugasan pertama beliau untuk membentuk semula skuad Harimau Malaya selepas mengambil alih daripada Tan Cheng Hoe yang meletak jawatan Januari lalu susulan kegagalan skuad negara di Piala AFF di Singapura, Disember lalu.

“Macam saya kata tadi, pasukan ini tak ada beza sangat dengan pasukan di Piala AFF bulan 12 lalu dan juga masa Kelayakan Piala Dunia di UAE (Emiriah Arab Bersatu) tahun lepas.

“Cuma di sinilah peranan jurulatih baharu nak corakkan dan ubah cara permainan pemain. Saya jangka Pan-gon amalkan corak latihan keras ke atas pemain.

“Kita tahu jurulatih dari Korea selalu tegas dan saya nak lihat pemain kita yang manja ini boleh ikut cara beliau atau tidak.

“Pemain kena ubah sikap. Mereka kena letak jiwa bermain untuk negara, dan paling penting negara adalah segala-galanya dan bukan kelab,” katanya.

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN