“Ini Pasukan Paling Teruk Dalam Sejarah Manchester United” – Ruben Amorim

Pengurus utama Manchester United iaitu Ruben Amorim terpaksa mengakui pasukan dikendalikannya kini merupakan paling teruk pernah wujud dalam sejarah selepas kekalahan dialami sebelum itu.

Terdahulu, Manchester United terpaksa menelan kekalahan terbaharu mereka di saingan Englis Premier League (EPL) kepada Brighton menerusi keputusan 1-3 walaupun beraksi di halaman sendiri, Old Trafford.

Sepanjang aksi berlangsung, United sebenarnya lebih menguasai permainan berbanding pelawat serta mencipta banyak percubaan ke arah kubu lawan.

Namun, mereka terlalu banyak mencipta kesilapan mudah terutama di bahagian pertahanan yang menyaksikan Brighton berjaya memperoleh tiga gol untuk memastikan kemenangan.

Tiga gol Brighton ketika itu diledak oleh Yankuba Minteh, bintang antarabangsa dari Jepun iaitu Kaoru Mitoma serta Georginio Rutter, sementara Man United memperoleh satu jaringan tunggal melalui Bruno Fernandes.

Kekalahan itu menyaksikan United berada di tangga ke-13 liga dengan hanya memperoleh tujuh kemenangan sahaja daripada 22 perlawanan dilalui.

Menurut Amorim, beliau menyifatkan skuad ini mungkin paling teruk pernah ada sejak tempoh 147 tahun sejarah kelab berkenaan di saingan utama England itu.

Sejak kehadiran Amorim di England, beliau hanya mampu memacu pasukan itu meraih 11 mata sahaja daripada 11 perlawanan dan itu merupakan kekalahan keempat mereka daripada lima aksi di halaman sendiri sebelum ini.

“Daripada 10 perlawanan Premier League lalu, kami hanya memenanginya dua kali. Bayangkan ini yang kami tunjukkan buat peminat. Bayangkan ini yang saya kena terima.

“Kami mungkin pasukan paling teruk dalam sejarah Manchester United. Saya tahu media mahukan tajuk utama, tetapi saya tetap kena katakan ia kerana ia perlu ditelan serta perlu mengubahnya,” ujar Amorim menerusi perkongsian BBC.

Melihat kepada situasi semasa kelab, jelas banyak yang perlu diperbaiki Amorim terutama dalam kalangan pemain bersesuaian untuk dikekalkan pada masa hadapan.

Walaupun memiliki reputasi yang hebat bersama kelab lamanya selaku pengurus, ini merupakan satu cabaran getir beliau untuk mengubah nasib Man United kembali baik.

Jika segalanya tidak berjalan lancar dan prestasi sebegini terus dipamerkan, ada kemungkinan juga untuk United terus terperosok di tangga tercorot EPL musim ini.

Pandangan anda?

Sumber:
BBC

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN