Ini Pandangan Jordi Amat Tentang Perkembangan Bola Sepak Indonesia

Pertahanan kental Indonesia, Jordi Amat tampil dengan penuh keyakinan mengenai perkembangan Sang Garuda di pentas antarabangsa sejak beberapa tahun ini menerusi prestasi telah dipamerkan.

Jordi menjadi antara pemain warisan yang berjaya didaftarkan bersama Sang Garuda sebelum itu dan telah pun memberi banyak sumbangan bersama Indonesia di pentas antarabangsa.

Tampil dengan pengalaman cukup luas di pentas Eropah, Jordi menggunakan segalanya diperlukan untuk memastikan skuad kendalian Shin Tae-yong menjadi semakin gah di rantau Asia Tenggara.

Malah prestasi Indonesia juga semakin membuka mata banyak pihak luar negara yang memuji perkembangan pasukan itu selepas melalui era kejatuhan suatu ketika.

Bawah kendalian Shin Tae-yong, beberapa perubahan besar dilakukan jurulatih tersebut terutama sekali daripada segi kualiti permainan serta pemilihan lebih teliti dalam kalangan pemain.

Paling ketara, pasukan itu juga mencipta sejarah tersendiri untuk melayakkan diri ke pusingan 16 terbaik buat pertama kali dalam saingan Piala Asia 2023 lalu di Qatar.

Seterusnya, Indonesia juga memiliki peluang cerah ke pusingan ketiga siri Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 jika dilihat pada kedudukan semasa.

Ujar Jordi, perkembangan bola sepak Indonesia kini jelas sangat positif dan akan terus meningkat dengan tempoh masa lebih panjang diperlukan mereka.

“Kami adalah negara yang kecil jika dilihat pada perkembangan bola sepak antarabangsa. Setakat ini kami masih lagi sedang melalui proses perkembangan sehingga impian semua orang tercapai. Selangkah demi selangkah kami akan membangun dengan sangat istimewa,” jelas beliau menerusi perkongsian Bola.com.

Pada masa sama, pertahanan import JDT ini juga memiliki impian serta sasaran tersendiri bersama Sang Garuda pada masa hadapan jika nama beliau terus dipanggil Shin.

Sasaran Jordi pada masa hadapan adalah untuk memenangi apa-apa kejuaraan di pentas antarabangsa bersama Sang Garuda dengan status selaku pemain negara itu.

Malah beliau juga turut memberi gelaran kepada Indonesia sendiri selaku pasukan juara dan percaya mereka mampu melakukannya pada masa akan datang.

“Saya sangat gembira kerana menjadi sebahagian daripada pasukan kebangsaan Indonesia dan sudah pun mengharungi pelbagai kejohanan bersama mereka.

“Sekarang, kita perlu menunjukkan kepada para penyokong yang kita mampu untuk mengharungi segalanya. Tujuan utama saya adalah untuk memenangi sesuatu bersama Indonesia. Saya yakin, kami mampu merealisasikannya,” ujar Jordi akhir sekali.

Sumber:
Bola.com

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN