Perpinahan Andres Iniesta ke kelab Liga Super China (CSL) mungkin akan menemui jalan buntu kerana kelab tersebut menyatakan tidak akan membayar gaji Iniesta sebagai seorang pemain.
Iniesta sah akan meninggalkan Barcelona pada akhir musim ini selepas menyertai kelab tersebut sejak berusia 12 tahun lagi.
CSL diarahkan untuk mengawal gaji pemain-pemain luar negara oleh kerajaan mereka. Jadi amat sukar untuk kelab tersebut menawarkan Iniesta gaji sebagai seorang pemain jika beliau tidak mahu menerima gaji yang rendah daripada ramai bintang import lain.
Pemain seperti Lavezzi dilaporkan menerima £41.5 setahun di China, ataupun £124.5 juta untuk 3 musim. Sedangkan Iniesta ditawarkan gaji yang jauh lebih rendah daripada angka itu.
Chongqing Lifang tidak mahu melanggar regulasi yang ketat dikenakan oleh kerajaan China sejak akhir-akhir ini termasuk pengenalan gaji siling.
Mereka juga perlu melaporkan secara terperinci tentang tujuan utama mereka membayar Iniesta kepada kerajaan.
Ini untuk mengelakkan isu pengurusan yang tidak ada hala tuju dan hanya membazir tanpa memberikan faedah kepada bola sepak di China.
Dalam satu kenyataan media kelab tersebut di Weibo pada Jumaat lalu, Presiden kelab Chongqing Lifan, Jiang Lizhang berkata, kelab tersebut mahu mendapatkan Iniesta untuk membantu mereka dari segi pemasaran, dan pembangunan bakat muda.
Mereka tidak berhasrat mahu membayar Iniesta sebagai pemain. Namun perjanjian itu dikatakan bernilai sekitar £72 juta untuk 3 tahun.
Melihat aksi Iniesta musim ini, beliau masih ada kudrat dan kemampuan yang sangat baik di dalam padang.
Chongqing Lifan merasakan, pelaburan yang besar kepada pembangunan bakat adalah lebih baik daripada mendapatkan khidmat Iniesta sebagai pemain.
Namun adakah ia langkah tepat? Dari segi pemasaran mungkin sangat membantu. Dari segi pembangunan bakat muda, Iniesta masih aktif bermain dan tiada pengalaman menjadi jurulatih akar umbi.