Ini Jawapan Park Hang-seo Apabila Pemilihan Pemain Kurang Minit Permainan Dipersoal

Park Hang-seo pemilihan pemain Vietnam dipersoal

Seperti mana pemilihan pemain skuad kebangsaan, pemilihan pemain Vietnam oleh Park Hang-seo juga tidak lari dari kecaman penyokong.

Sebelum ini, pengendali skuad kebangsaan, Kim Pan-gon turut menerima kecaman disebabkan pemilihan beberapa pemain yang dilihat penyokong tidak menepati kriteria untuk mewakili Harimau Malaya di King’s Cup 2022.

Malaysia akan menyertai kejohanan jemputan, 48th King’s Cup 2022 di Chiang Mai, Thailand yang dilangsungkan pada 22 hingga 25 September ini yang turut disertai oleh Thailand, Trinidad & Tobago dan Tajikistan.

Antara sebab yang digariskan oleh penyokong adalah kurangnya minit permainan dalam saingan liga, malah turut dilantik menjadi kapten.

Tentunya ramai mengetahui siapakah pemain tersebut. Tidak lain dan tidak bukan, mereka adalah Safawi Rasid dan Syafiq Ahmad yang tampak kurang mendapat minit permainan dalam saingan liga domestik pada ketika ini.

Sudahlah kurang mendapat tempat bersama pasukan yang diwakili, Johor Darul Ta’zim (JDT), dilantik pula mereka menjadi ‘kepala’ kepada pasukan.

Semakin bertambahlah kritikan terhadap cara pengendalian pasukan oleh Kim yang mengetepikan Brendan Gan yang mungkin dilihat lebih layak.

Sementara itu, pemilihan Park Hang-seo turut dikritik oleh penyokong Vietnam apabila menyenaraikan pemain yang jarang beraksi di liga.

Nguyen Van Toan dan Luong Xuan Truong telah dipersoalkan kredibiliti mereka untuk dipanggil bersama skuad ‘Naga Emas’ untuk dua aksi persahabatan antarabangsa berdepan Singapura dan India.

Selain itu, pemilihan pemain yang sudah lama terpinggir seperti Nguyen Van Quyet turut menerima kecaman daripada para penyokong mereka.

Menariknya, Park membalas semula persoalan dan kritikan para penyokong yang diutarakan oleh pihak media dengan jawapan yang sangat kritis.

“Orang yang tidak sukakannya [pilihan pemain], boleh memberi komen mereka. Jika saya pinggirkan pemain yang mereka suka, mereka akan salahkan saya. Pilihan pemain adalah hak saya. Kalah atau menang, saya yang bertanggungjawab, jadi kenapa banyak sangat cakap?”

Park Hang-seo, VNExpress.net

Menurutnya lagi, beliau tidak terlalu memandang keputusan untuk dua aksi ini kerana ada perkara lain yang mahu dilihat dan dinilainya.

Skuadnya boleh dipecah kepada tiga kumpulan iaitu skuad utama, skuad simpanan dan pemain-pemain muda untuk masa depan Vietnam.

“Jadi, keputusan dalam perlawanan kali ini tidaklah terlalu penting. Namun, saya mahu meningkatkan tahap kompetitif antara kumpulan pemain simpanan dan pemain muda. Jika ia berjaya dicapai, ia sudah cukup [eksperimen]. Jika tidak, kita perlukan lagi ‘ujikaji’.”

Beliau juga tiada masalah dengan kritikan pemilihan lawan mereka iaitu Singapura dan India kerana itu sahaja pasukan yang ‘ada’ ketika ini.

“Pasukan-pasukan yang kuat sedang bersiap sedia untuk ke Piala Dunia. Mereka tidak akan datang ke Vietnam, kita yang perlu pergi ke tempat mereka. Bukan saya memandang rendah lawan [Singapura dan India], tetapi sukar untuk kita mencari lawan yang kuat saat ini.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN