Ini Insiden Yang Menamatkan Karier Zulkarnain Zakaria Buat Sementara

insiden penamat karier Zulkarnain Zakaria pengadil Liga M 2023

Selepas pelbagai haru-biru diperlakukannya, akhirnya karier Zulkarnain Zakaria sebagai pengadil untuk Liga Malaysia 2023 diputuskan berakhir.

Ia berkuat kuasa serta merta dan sepanjang saingan musim ini berlangsung. Perkara ini diumumkan oleh Jawatankuasa Penilaian Prestasi Pengadil Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) yang diketuai oleh Timbalan Presiden, Dato’ S Sivasundaram selaku Pengerusi Jawatankuasa Pengadil.

Menurut kenyataan tersebut, “Jawatankuasa telah sebulat suara mendapati bahawa pengadil perlawanan tersebut, Zulkarnain Zakaria telah terkhilaf dalam mengintepretasi dua situasi pemberian sepakan penalti olehnya kepada pasukan Sabah FC pada minit 41 dan minit 90+9.

Sehubungan itu, Jawatankuasa Pengadil FAM telah membuat keputusan untuk mengenakan hukuman penggantungan secara serta-merta kepada Zulkarnain Zakaria daripada mengadili sebarang perlawanan Liga Malaysia 2023,” tegas kenyataan itu lagi yang dimuat naik, sebentar tadi.

Berikut adalah kenyataan penuh yang dimuat naik di Facebook FAM.

Begitupun, ini bukanlah kali pertama Zulkarnain terlibat dalam kontroversi ketika mengadili perlawanan bola sepak. Ia sudah berlaku berkali-kali.

Antara yang paling diingati adalah saat beliau ‘dijamu’ dengan sesi maki dan tazkirah khas oleh penyokong termasuk Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Selangor, Dr Johan Kamal Hamidon selepas beliau mengadili perlawanan antara Selangor dan Johor Darul Ta’zim (JDT) di depan Stadium MBPJ.

Beliau telah menjadi sasaran penyokong Selangor selepas dilihat seperti memihak kepada JDT dalam aksi tersebut yang berkesudahan seri 1-1.

Ramai beranggapan yang kekasaran pertahanan tuan rumah, Yazan Al-Arab ke atas Arif Aiman Hanapi tidak sepatutnya diberikan penalti. Penalti yang diberikan Zulkarnain itu membolehkan JDT meledak jaringan pembukaan.

Namun, beliau seakan-akan kebal daripada sebarang tindakan oleh FAM waima sudah terdapat banyak insiden lain melibatkannya di Liga Malaysia.

Masih ingat lagi kenyataan bekas penyerang import Sri Pahang, Dickson Nwakaeme terhadap Zulkarnain yang baginya tidak layak bergelar pengadil? “Dia patut jadi penghantar makanan atau penjual, bukan pengadil bola sepak.

Dan insiden ketika mengadili aksi antara Sabah dan Penang telah menjadi penamat karier pengadilnya, untuk sementara. Terlalu banyak kesilapan walaupun FAM hanya menggariskan dua situasi yang menjadi puncanya.

Pertamanya, insiden menghadiahkan sepakan penalti terhadap ‘kekasaran’ penjaga gol Penang, Khatul Anuar terhadap Dominic Tan di minit ke-41.

Keduanya, insiden bek tengah Penang, Zaw Min Tun dipersalahkan apabila dikatakan menjatuhkan Irfan Fazail yang jika dilihat seperti tiada apa-apa yang berlaku ketika itu. Tiada halangan dan bentesan dilakukannya.

Mungkin FAM terlepas satu situasi di mana sepakan penalti dihadiahkan kepada Penang yang berlaku di luar kotak penalti pada minit ke-91.

Malah, tambahan masa selama empat minit juga menjadi panjang sehingga 11 minit selain isu penalti yang diarahkannya untuk diambil sekali lagi.

Sebagaimana kata-kata pemerhati bola sepak tempatan, Zuraimi Zukri, “[Inilah] Insiden yang menamatkan karier Zulkarnain Zakaria sebagai pengadil buat sementara waktu.” Jadi, selamat berehat diucapkan buat Zulkarnain.

Mungkin beliau boleh ambil nasihat Nwakaeme untuk ‘kerja’ selepas ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN