Ini Faktor Malaysia Terus Kempunan Mata Di Saingan Piala Asia 2023

Malaysia terus tampil kempunan untuk mendapatkan sebarang mata dalam aksi Piala Asia 2023, dengan terbaharu mereka mencatat kekalahan 0-1 di tangan Bahrain.

Tampil dengan beberapa perubahan, sebenarnya Malaysia boleh dianggap tampil lebih baik pada aksi kali ini dengan turut mendominasi rekod percubaan tepat berbanding lawan.

Namun kealpaan mereka dihukum menerusi penyerang berbisa Bahrain iaitu Ali Madan di penghujung separuh masa pertama untuk terus membuatkan skuad kebangsaan sepi tanpa sebarang mata dalam dua aksi peringkat Kumpulan E.

Selain tidak memperoleh sebarang mata, skuad kebangsaan juga masih kemarau untuk mendapatkan walau satu gol selepas mengharungi dua aksi persahabatan dan kritikan keras terus diberikan oleh segelintir penyokong kebangsaan.

Jika dilihat pada aksi ini, segalanya tampil lebih baik buat pasukan negara berbanding ketika mereka berdepan Jordan lalu daripada beberapa aspek.

Namun, beberapa kelemahan masih lagi ketara masih lagi ditunjukkan Malaysia yang menyaksikan perubahan segera wajar dilakukan bagi mengharungi perlawanan terakhir berdepan Korea Selatan.

Impak pemain gantian

Kelemahan yang paling ketara sebenarnya pada perlawanan ini, apabila pemain gantian dibawa masuk gagal untuk memberi sebarang impak diperlukan oleh pasukan kebangsaan.

Malah, ianya seolah menjadi beban pula buat Harimau Malaya dengan beberapa pemain dibawa masuk seolah tidak tahu apa perlu dilakukan sepanjang aksi berlangsung.

Kelibat pemain seperti Natxo Insa, Romel Morales dan Mohamadou Sumareh yang dibawa masuk Kim Pan-gon semalam antara wajar dipertikaikan impak mereka untuk pasukan negara.

Paling ketara, tentunya kelibat Natxo yang gagal untuk mengekalkan momentum ditinggalkan oleh Syamer Kutty Abba di separuh masa pertama.

Kelompongan di jentera pertahanan negara

Secara keseluruhan, pertahanan Malaysia masih lagi baik jika dibandingkan pada aksi sulung lalu yang terlalu teruk untuk diperkatakan.

Namun, beberapa kali juga menyaksikan barisan pertahanan negara seolah tidak begitu fokus dan membenarkan pemain serangan lawan seperti Ali Madan mencipta situasi berbahaya buat Malaysia.

Daripada segi persefahaman juga antara perlu diberi tumpuan semula oleh kejurulatihan kerana ada beberapa situasi pertahanan negara membuat kesilapan sesama sendiri tidak sepatutnya yang memberi masalah buat mereka sendiri.

Kualiti penyudah di posisi serangan

Kim telah pun membuat beberapa perubahan buat pasukan kebangsaan di posisi serangan untuk menambah elemen kreativiti berbanding aksi lalu.

Secara keseluruhan, segalanya tampak menjadi selepas beberapa gerakan dibina membabitkan Faisal Halim, Paulo Josue, serta Arif Aiman berjaya mengkucar kacirkan pertahanan Bahrain.

Namun, masalah seperti sentuhan akhir untuk mendapatkan gol masih lagi membelenggu skuad kebangsaan, walaupun ada rombakan dibuat di separuh masa kedua menerusi kemasukan Romel Morales serta Sumareh.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN