Ini Catatan Positif Tentang Kedah Selepas Cemerlang Aibkan KDN

Seperti kita ketahui, Kedah Darul Aman (Kedah) kini menjadi antara pasukan yang paling menyedihkan sejak awal persaingan Liga Malaysia (Liga M) musim 2024/2025 telah bermula.

Bermula dengan penolakan tiga mata yang telah diputuskan oleh FIB sebelum saingan Liga Super bermula, pasukan ini menjadi antara terawal diumumkan mengalami isu daripada segi kewangan.

Tidak cukup itu, Kedah dilaporkan masih lagi dihantui dengan isu tunggakan gaji yang membelenggu kejurulatihan serta para pemain.

Namun, tidak disangka isu tersebut gagal untuk mematikan moral pasukan tersebut selepas mereka menjadi antara kelab masih berbisa di pentas Liga Malaysia.

Berbekalkan pemain sedia ada serta tidak memenuhi kuota import dibenarkan oleh MFL, Nafuzi setakat ini telah pun memastikan Sang Kenari meraih lima kemenangan di pentas domestik daripada lapan perlawanan dihadapi.

Catatan ini termasuklah ketika mereka mudah mengaibkan Kelantan Darul Naim (KDN) menerusi keputusan 3-0 di halaman sendiri semalam.

Paling manis, pastinya buat penjaga gol utama Kedah iaitu Kalamullah Al-Hafiz yang sudah pun merekodkan enam ‘clean sheet’ setakat ini untuk menjadikannya wajar diberi tumpuan utama.

Kelibat Kalamullah pada musim lalu mungkin kurang diberi perhatian selepas menampilkan aksi kurang menyakinkan selaku penjaga gol utama Kedah.

Namun, prestasi beliau dilihat sangat memuncak terutama sekali ketika berdepan KDN semalam apabila ada beberapa siri serangan lawan berjaya dihentikan penjaga gol itu selain Kalamullah sendiri tampil tenang di posisi.

Cerita lain, Syafiq Ahmad terus memastikan beliau selaku penyerang tempatan berbisa menerusi sentuhan beliau bersama Kedah kini semakin menyakinkan.

Salah satu jaringan beliau bersama Kedah semalam seolah memberi isyarat pemain tersebut wajar dipanggil Kim Pan-gon pada masa akan datang selaku penyerang Harimau Malaya.

Walaupun begitu, jumlah kehadiran penyokong masih dianggap sangat menyedihkan apabila SDA mencatat kehadiran sebanyak 2450 orang sahaja berbanding jumlah sewaktu menentang Penang.

Semoga aksi akan datang, para penyokong terus memenuhi stadium demi memberi galakan motivasi buat kelab serta menjadikan Kedah terus berseri sebagai antara pasukan dikenali ramai dalam negara.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN