Ini Cabaran Besar Perlu Ong Kim Swee Hadapi Bersama Persis Solo

Datuk Ong Kim Swee kini dilaporkan bakal menggalas tugas baharu selaku ketua jurulatih Persis Solo bagi baki persaingan Liga 1 Indonesia kini yang masih lagi sedang berlangsung setelah dirinya meninggalkan Sabah.

Terdahulu, Kim Swee secara rasminya tidak lagi bersama Sabah untuk mengharungi baki Liga Malaysia (Liga M) musim 2024/2025 setelah kontrak beliau tamat pada bulan November.

Aksi terakhir beliau ketika Sabah menewaskan PT Athletic di pentas Piala Malaysia lalu menjadi detik manis ditinggalkan Kim Swee buat para peminat pasukan itu yang rata-rata menghormati pemergian jurulatih tersebut.

Bersama Persis Solo, terlalu banyak perkara perlu diperbaiki beliau selain ianya menjadi cabaran baharu buat jurulatih itu untuk mengembangkan karier beliau dalam dunia kejurulatihan.

Situasi semasa kini menyaksikan Persis Solo berada di tangga ke-16 Liga 1 Indonesia dengan hanya meraih tujuh mata sahaja selepas mengharungi 11 perlawanan domestik.

Secara statistik, Persis Solo telah mencatat dua kemenangan bersama sekali keputusan seri dan selainnya lapan kekalahan bersama aksi cukup mengecewakan.

Faktor kelemahan ketara sudah tentu terarah kepada tumpulnya posisi serangan mereka untuk menghasilkan gol dengan kini Persis Solo hanya mampu mencatat sembilan jaringan sahaja.

Tiga perlawanan terakhir menyaksikan Persis gagal merekodkan sebarang jaringan selain ianya tamat bersama kekalahan untuk membuktikan kelemahan ketara pasukan itu.

Tujuh perlawanan musim ini menyaksikan posisi serangan pasukan tersebut terlalu lemah apabila mereka gagal meledak sebarang gol walaupun dibarisi pemain berpengalaman.

Menjadi tugasan penting sebenarnya buat Kim Swee selepas ini bersama Persis Solo di Indonesia untuk kembali memastikan jentera serangan pasukan itu tajam seperti apa dibuat ketika mewakili Sabah.

Sepanjang bersama Sabah, Kim Swee memastikan jentera hadapan pasukan itu terus tajam bersama barisan pemain terbaik dimiliki selain menghidupkan lagi kreativiti demi mewujudkan peluang gol.

Stuart Wilkin, Farhan Roslan, Jafri Firdaus Chew antara pemain yang suatu ketika kurang tajam dan kreatif berjaya dibangunkan kembali bawah kendalian jurulatih tersebut.

Sudah tentu pemain seperti Ramadhan Sananta, Zanadin Fariz, serta Arkhan Kaka bakal kembali dibentuk oleh Kim Swee untuk membuktikan bintang tempatan sana juga mampu menyerlah bawah kendaliannya.

Pandangan anda?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN