Ini Bukan Terengganu Yang Dahulu, Tegas Benjamin Mora

Benjamin Mora JDt Terengganu FC Liga Super 2020

Meraih kemenangan di tempat lawan adalah satu kepuasan buat pengendali Johor Darul Ta’zim (JDT), Benjamin Mora terutamanya ketika berdepan Terengganu FC.

Jaringan tunggal pemain sayap, Safawi Rasid di minit kelima dalam babak pertama menyaksikan JDT meraih kemenangan 1-0 dan mengukuhkan kedudukan sebagai pendahulu CIMB Liga Super 2020 dengan 19 mata, lapan mata meninggalkan Perak.

‘Mereka semakin bagus’

Kejuaraan liga buat kali ketujuh berturut-turut buat JDT hanya dipisahkan enam mata. JDT perlu merekodkan dua lagi kemenangan bagi mengesahkan kejuaraan mereka musim ini – yang telah dipendekkan kepada satu pusingan sahaja.

Benjamin Mora berkata, “Pasukan-pasukan dalam liga sedang meningkat naik, Terengganu juga sedang meningkat naik. Ia bukan lagi Terengganu yang kita lihat pada musim lalu atau musim sebelum itu. Mereka sudah bermain dengan lebih baik.”

Dominique da Sylva Kunanlan Terengganu JDT Liga Super 2020 nafuzi zain
Penyerang TFC, Dominique da Sylva dirantai benteng JDT. FOTO: Terengganu FC

“Ini satu perkembangan yang sangat baik. Ia lebih beri kepuasan pada akhirnya. Jadi, saya amat berbangga dengan pemain-pemain saya dan juga kelab, JDT apabila berjaya meraih kemenangan di tempat [lawan] yang sukar,” tambahnya.

Harimau Selatan belum tewas dalam tujuh aksi liga setakat ini dengan FELDA United menjadi satu-satunya pasukan yang berjaya mencuri mata daripada mereka.

Berjaya buat TFC kawal bola di kawasan mereka

Ketika Nafuzi Zain berbangga dengan pengawalan perlawanan secara keseluruhan terutamanya di babak kedua, Benjamin Mora tampil dengan fakta lain.

“Saya sangat gembira dengan tiga mata dan juga cleansheet. Ia adalah satu perlawanan yang sukar kerana Terengganu adalah sebuah pasukan yang suka membuat tekanan dan tempo tinggi serta mempunyai kawalan bola yang baik.

“Adakalanya sukar untuk kita kawal bola. Tetapi, saya rasa kami berjaya mengikut perancangan kami. Tiada yang berbahaya di defensive third kami. Penguasaan perlawanan yang dimiliki Terengganu adalah di kawasan mereka,” jelasnya.

Beliau turut menegaskan JDT memiliki beberapa peluang untuk meledak jaringan kedua menerusi Diogo tetapi gagal menoktahkannya menerusi jaringan gol.

Penutup

Pengendali berusia 41 tahun itu turut menegaskan yang JDT tidak semestinya akan menang sentiasa tetapi mereka amat sukakan kemenangan. Tiga mata adalah penting buat Harimau Selatan dalam memburu kejuaraan ketujuh mereka.

Melihat baki empat perlawanan mereka, boleh dikatakan tidak rumit apabila akan berdepan Selangor, PJ City, Sabah dan yang terakhir, Melaka United.

KREDIT FEATURED IMAGE: JST

Baca lagi artikel mengenai Johor Darul Ta’zim:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN