Pengendali skuad kebangsaan, Kim Pan-gon meminta para penyokong supaya lebih bersabar kerana pemilihan para pemain pertama di bawah kendaliannya ini adalah berdasarkan falsafahnya bukan skuad pilihan ‘all-star’.
Beliau bukan mahu membentuk skuad pilihan ‘all-star’ di mana semua pemain terbaik mesti tersenarai dalam skuadnya, namun ia berdasarkan falsafah yang mahu diterapkan Kim Pan-gon bersama Harimau Malaya.
Rata-rata penyokong mempersoalkan beberapa nama yang perlu ada dalam skuad kebangsaan seperti S. Kumaahran dan Rodney Calvin yang tidak dipanggil. Kedua-dua pemain ini telah beraksi baik setakat ini.
Senarai 30 Pemain Ke Kem Latihan Pusat Harimau Malaya Bermula 14 Mac 2022
Baca penuh siaran media ini di https://t.co/vG5TpNySvr#FAM #HarimauMalaya pic.twitter.com/Wmu8CF4Jzm
— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) March 10, 2022
Kim Pan-gon mengumumkan 30 pemain untuk kem latihan pertama skuad negara pada tahun ini, Khamis lalu. Daripada senarai itu, ramai yang mempersoalkan kehadiran beberapa nama yang dilihat belum ada minit permainan bersama pasukan terutamanya daripada skuad juara Sumbangsih 2022, Johor Darul Ta’zim (JDT).
Namun, beliau memiliki alasannya yang tersendiri mengapa panggilan tersebut telah dibuatnya kali ini.
“Saya faham wujud sentimen itu [pemilihan pemain], tetapi saya minta agar semua penyokong bersabar.
“Saya tidak boleh pilih 50 hingga 60 pemain pada satu-satu masa. Saya pilih mereka bersandarkan kepada taktikal, teknikal dan latar belakang mereka. Ini bukanlah pilihan ‘all-star’ tetapi skuad kebangsaan.
Kim Pan-gon di sidang media pengumuman skuad kebangsaan
Safawi Rasid Dan Syafiq Ahmad Adalah Penjaring Utama Harimau Malaya 2019
Jelasnya lagi, senarai ini juga adalah berdasarkan prestasi pemain-pemain ini sejak 2019 sehingga 2021. Dan, untuk pemain-pemain lain, peluang mereka tetap ada kerana beliau akan menilai lagi prestasi mereka nanti.
Malaysia akan berdepan dua aksi persahabatan antarabangsa berdepan Filipina dan Singapura di Singapura sebelum turun berdepan kelab Singapore Premier League, Albirex Niigata pada penghujung Mac depan.
“Pilihan ini berdasarkan falsafah permainan saya. Ia bukan bermaksud saya 100 peratus betul tetapi saya mahu memaksimumkan potensi pemain yang bersama skuad kebangsaan sejak 2019 hingga 2021.
“Selepas aksi persahabatan ini, saya akan cuba yang terbaik untuk melihat lagi bakat-bakat yang ada serta berbincang dan berinteraksi bersama jurulatih-jurulatih lain dalam liga.
Kim Pan-gon
Jika berdasarkan pendekatan pertamanya ketika mula mengendalikan Hong Kong, beliau menekankan tentang ‘bermatian demi Hong Kong‘. Beliau mahu para pemain yang dipilih bersama skuad negara wajar memberikan yang terbaik dan bermain bermati-matian untuk pasukan dan juga untuk memburu kemenangan bersama.
Adakah ini pendekatannya bersama Harimau Malaya? Adakah pemain yang dipilih sesuai dengan falsafahnya?