Penyerang sensasi Arsenal, ierre-Emerick Aubameyang melaungkan amaran kepada pesaing Arsenal bahawa mereka berada dalam kedudukan terbaik untuk menewaskan sesiapa sahaja.
Arsenal bakal menerima kemasukan 2 bek sisi mereka, Kieran Tierney dan Hector Bellerin dalam masa terdekat ini.
Aubameyang dinobat sebagai pemain terbaik bulan September selepas menjaringkan 5 gol dalam 4 aksi sepanjang bulan lalu.
Keyakinan Aubameyang semakin membuak-buak untuk merobek gawang pasukan lain. Beliau juga melaungkan amaran bahawa beliau kini sedang meningkat naik. Dan akan lebih banyak gol daripada beliau selepas ini.
Bercakap kepada laman rasmi EPL, Aubameyang berkata: “Saya rasa sangat hebat, saya terasa sangat bebas di atas padang.”
“Saya tak tahu jika ini prestasi terbaik saya di dalam karier, namun yang pasti ianya sangat baik dan saya akan terusk meningkatkan lagi prestasi saya.”
Seterusnya Aubameyang yakin Arsenal akan berada dalam 4 teratas pada hujung musim ini. Sekaligus mengenepikan cabaran pesaing mereka yang berhasrat mahu ke UCL musim hadapan.
“Saya pasti, kami akan mencapai matlamat kami untuk berada di kedudukan 4 pasukan teratas. Itu matlamat kami dan juga sasaran kami.”
Arsenal akan berhadapan dengan Sheffield United dalam aksi EPL. Perlawanan dijadualkan pada 3 pagi esok waktu Malaysia.
Jika menang Arsenal berpotensi naik semula ke tanggan ke-3 mengatasi Leicester dan Chelsea.
Berita lain, Arsenal turut menerima khabar gembira apabila Alexandre Lacazette kembali menjalani latihan bersama The Gunners.