Ini Alasan Mourinho Selepas Spurs Tewas Di Tangan Chelsea

Jose Mourinho jelas sekali kecewa dengan kekalahan di tangan Chelsea di Stamford Bridge.

Bekas pengendali Chelsea itu terpaksa menelan kenyataan bahawa mereka tidak cukup bagus buat masa ini – dan tidak cukup konsisten.

Spurs tewas 2-1 di tangan Chelsea dalam aksi Liga Perdana Inggeris semalam.

Chelsea mendahului menerusi Olivier Giroud. Dan diikuti oleh gol Marcos Alonso.

Spurs mendapat gol sagu hati pada minit akhir perlawanan, menerusi jaringan sendiri Rudiger.

Lampard kini merekodkan 3 kemenangan ke atas Jose Mourinho di dalam kariernya sebagai pengurus. Dan dua kali musim ini beliau menang ke atas Jose Mourinho dalam kempen Liga Perdana Inggeris.

Selepas tamat perlawanan Mourinho menegaskan, mereka kalah kerana tidak cuku squad depth.

Mourinho menyatakan beliau cemburu dengan pasukan Chelsea yang memiliki squad depth yang sangat baik berbanding dengan pasukannya.

Spurs kehilangan Harry Kane dan juga Son Heung Min. Dan mereka terpaksa menggunakan Lucas Moura sebagai false 9.

Mourinho berkata: “Lihat dekat Chelsea, mereka menurunkan penyerang yang merupakan pemenang Piala Dunia di hadapan.”

“Mereka ada penyerang kedua England – selepas Harry Kane – di bangku simpanan, serta penyerang kedua Belgium duduk di tempat duduk penonton.”

“Kami pula tiada penyerang langsung di atas padang, tiada penyerang di bangku simpanan, dan tiada penyerang di tempat duduk penyokong. Manakala dua lagi ada di hospital.”

Mourinho seakan bengang dengan pengurusan tertinggi Spurs yang gagal mendapatkan beliau penyerang pada Januari lalu.

Mourinho dikatakan sudah meminta agar bahagian rekrut pemain untuk membawa masuk Piatek yang ketika itu disenarai jual oleh AC Milan.

Namun pemain itu telah dapat dekat kelab di Jerman, iaitu menyertai Hertha Berlin.

Mungkin Jose Mourinho harus lebih berani menggunakan penyerang muda daripada akademi ataupun pemain remaja mereka.

Sebelum perlawanan lagi wartawan ada bertanya, adakah ini masanya beliau bakal memberikan peluang kepada penyerang muda Troy Parrot.

Beberapa minggu lalu, Mourinho menegaskan pemain itu masih belum bersedia lagi. Dan beliau masih tidak mahu menggunakan pemain tersebut pada kali ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN