“Ini Adalah Kelab Saya” – Lampard Secara Rasmi Kembali Mengemudi Chelsea

Lampard Chelsea

Frank Lampard telah sah dilantik sebagai pengurus sementara Chelsea sehingga penghujung musim – hanya dua tahun selepas beliau dipecat oleh bekas kelabnya itu.

Jurulatih berusia 44 tahun itu merupakan pemegang rekod penjaring gol terbanyak sepanjang zaman The Blues dan bakal menggantikan Graham Potter yang disingkirkan tempoh hari.

Lampard yang menganggur sejak dipecat oleh Everton pada Januari pernah mengemudi Chelsea dari Julai 2019 hingga Januari 2021.

Chelsea kini di kedudukan ke-11 Liga Perdana Inggeris (EPL) dan bakal berkunjung ke Wolves pada Sabtu ini.

Mereka kini 14 mata di belakang Manchester United yang berada di tangga keempat meskipun telah pun berbelanja lebih £550 juta (RM3 bilion) untuk merekrut pemain baharu pada musim ini.

Keputusan untuk memilih Lampard dibuat secara sepakat oleh pemilik bersama Todd Boehly dan Behdad Eghbali yang berharap perlantikan tersebut dapat meneruskan pemulihan pasukan sebelum mencari pengurus tetap.

Lampard dalam sidang media pertamanya mengakui tidak sukar untuk membuat keputusan menerima tawaran yang datang kepadanya kerana sudah cukup ‘sebati’ dengan kelab London itu.

“Ia keputusan yang mudah untuk saya kerana ini dalah kelab saya,” ujar Lampard.

“Saya juga seorang yang sangat praktikal. Saya telah melalui jalan yang berbeza sejak meninggalkan Chelsea, tetapi untuk saya kembali ke sini dengan kepercayaan bahawa saya boleh membantu sehingga akhir musim adalah sangat bagus.

“Saya gembira mendapat peluang ini dan saya bersyukur. Saya yakin dengan diri sendiri memandangkan saya mempunyai pemahaman yang baik tentang pasukan kerana saya pernah bekerja dengan ramai orang di sini – tempat latihan, stadium dan penyokong.

“Jadi dalam tempoh ini saya akan melakukan yang terbaik dengan sepenuh hati untuk berikan para penyokong apa yang mereka mahukan.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN