Ini Adalah Bilik Persalinan Ostersund, Meraikan Kedatangan Arsenal

Ostersund FK menjadi kelab yang tiba-tiba dicari di google sebaik sahaja undian pusingan kalah mati menentang pasukan Arsenal.

Ostersund FK adalah kelab di Sweden yang meningkat naik mendadak di negara mereka dalam tempoh 5 tahun terakhir.

Namun populariti Ostersund bukanlah gah mana. Ramai lebih kenal IKEA dan Zlatan Ibrahimovic berbanding dengan mereka.

Kelab ini ditubuhkan pada 1996 dan berpangkalan di Ostersund. Mereka memiliki stadium kecil bernama Jamtkraft Arena. Kecil tetapi praktikal.

https://twitter.com/futbolarena/status/876787302294577152

Daniel Kinberg pernah ditertawakan oleh ramai pihak termasuk rakan-rakan beliau ketika menubuhkan kelab ini, beliau mengumumkan pelan dan cita-cita kelab untuk mara ke kejohanan seperti UEL (dahulu disebut UEFA Cup) pada suatu hari nanti.

Namun, lihatlah di mana mereka sekarang? Mereka akan terbang ke Emirates berhadapan dengan pasukan elit bernama Arsenal. Tiada yang mustahil dalam dunia ini.

Laluan mereka ke UEL adalah menerusi tiket juara Sweden yang memerlukan mereka bermain di pusingan kelayakan. Paling mengejutkan mereka menewaskan pasukan Galatasaray dan diberikan tepukan gemuruh oleh penyokong Galatasaray.

Tidak ada pasukan yang pernah dihargai oleh penyokong di Galatasaray sebelum ini. Penyokong yang dikenali dengan semangat fanatik yang luar biasa.

Dalam pusingan play-off mereka menewaskan PAOK dari Greece dengan kebangkitan epik. Ketinggalan 3-1 dalam perlawanan pertama dan ikat aggregate 3-3, menang dengan peraturan gol di tempat lawan.

Menentang Arsenal

Ostersund telah diundi menentang Asenal dalam pusingan 32 pasukan akhir. Mereka akan menerima salah sebuah jenama besar dalam bola sepak dunia.

Selepas itu mereka akan ke Emirates untuk bermain di stadium 59,867 orang itu. Dalam satu muat naik di twitter sebentar tadi, Ostersund mengalu-alukan kedatangan Arsenal pada 16 Februari ini dengan kapsyen:

“Kami sudah sedia untuk anda Arsenal. Kami dah beritahu anda rupa bilik persalinan kami bukan?”

Bilik persalinan mereka dipenuhi dengan salji. Dalam 2 jam sahaja sudah di-tweet semula sebanyak 755 kali.

Ia adalah seperti igloo. Pastinya Mesut Ozil suka dengan ‘psot’ ini untuk merancang di mana beliau mahu berswafoto untuk mendapatkan swafoto terbaik.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN