Ini 5 Perkara Penting Yang Perlu Anda Tahu Berkenaan Liga Malaysia 2023

Liga Malaysia 2023

Sepak mula Liga Malaysia 2023 akan bermula kurang daripada sebulan dengan 14 pasukan sedang mempersiapkan diri untuk bertarung merebut kejuaraan.

Begitu juga dengan penganjur iaitu Malaysian Football League (MFL), mereka sudah pun menyediakan perjalanan untuk musim 2023 dengan pelbagai lima perkara menarik perhatian.

Berikut merupakan lima perkara yang PERLU anda tahu untuk musim 2023 Liga Malaysia:

Piala Sumbangsih kembali ke format lama

Format Piala Sumbangsih akan kembali kepada corak terdahulu dengan perlawanan pertama liga akan dianggap sebagai aksi kejuaraan pembuka tirai kalendar bola sepak negara.

Ini bermakna, perlawanan antara Johor Darul Ta’zim (JDT) menentang Terengganu di Stadium Sultan Ibrahim pada LS1 akan diadakan sebagai aksi liga dan Piala Sumbangsih.

Jika perlawanan berakhir dengan seri, JDT dan Terengganu perlu mengharungi penentuan sepakan penalti untuk mencari pemenang Piala Sumbangsih.

Keputusan ini dibuat kerana MFL mengutamakan “agenda nasional” kerana jika diadakan secara berasingan, Liga Malaysia akan rugi seminggu dan ini memberikan kesan kepada persiapan Harimau Malaya menjelang Piala Asia pada Januari 2024.

Enam kejuaraan jadi rebutan

Secara keseluruhan, MFL mempertandingkan enam kejuaraan untuk musim ini termasuklah pelbagai peringkat kejohanan.

Liga Super, Piala FA dan Piala Malaysia kekal menjadi pertandingan utama (major tournament) sambil tiga lagi kejohanan iaitu Piala MFL, Piala Cabaran dan Piala Sumbangsih.

Piala MFL merupakan nama untuk liga simpanan disebut menggantikan Liga Premier yang direhatkan penganjurannya terlebih dahulu.

Pelbagai waktu sepak mula

Waktu sepak mula untuk Liga Malaysia akan mempunyai pelbagai masa dengan sepak mula pada petang juga diperkenal.

Keputusan ini adalah untuk mempelbagaikan waktu sepak mula berbanding hanya bergantung kepada jam 9 malam sahaja.

Waktu sepak mula baharu untuk Liga Malaysia adalah:

  • Petang: 5.15 atau 5.30 petang (Semenanjung Malaysia) 4.30 atau 4.45 petang (Borneo)
  • Malam: 8.15 atau 9.00 malam (Semenanjung Malaysia) 7.30 atau 8.15 malam (Borneo)
  • Ramadan: 10.00 malam (Semenanjung Malaysia) 9.15 malam (Borneo)

Tiada Bukit Jalil untuk Piala FA

MFL telah mengesahkan yang perlawanan akhir Piala FA TIDAK akan diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Hal ini kerana, stadium tersebut masih lagi menjalani proses ubah suai ketika perlawanan akhir Piala FA itu akan diadakan pada 22 Julai.

MFL turut mengesahkan yang stadium berkecuali lain akan dipilih sebagai lokasi bagi menggantikan Bukit Jalil namun masih tiada kata putus dibuat mereka.

Selamat datang pasukan AFL!

Perubahan format turut berlaku untuk saingan Piala Malaysia tahun ini apabila MFL akan membawa masuk dua pasukan daripada Amateur Football League (AFL) untuk bertanding.

Dengan adanya 14 pasukan sahaja dalam Liga Super, MFL membawa masuk dua pasukan teratas dalam saingan AFL untuk beraksi dalam Piala Malaysia.

Format masih sama seperti tahun lalu dengan pusingan kalah mati dengan perlawanan timbal balik diadakan bermula di peringkat 16 pasukan terakhir.

Lapan pasukan yang kalah di pusingan awal Piala Malaysia itu akan dikumpulkan untuk beraksi dalam saingan Piala Cabaran yang turut diwujudkan semula oleh MFL.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN