Ini 4 Pemain Bintang Borussia Dortmund Bawa Untuk Bertemu JDT

Johor Darul Ta’zim (JDT) sekali melakar sejarah dalam bola sepak Malaysia, apabila mereka bakal berhadapan Borussia Dortmund untuk kali kedua pada 28 November ini di Stadium Sultan Ibrahim (SSI).

Pada aksi persahabatan yang akan berlangsung ini, Dortmund telah pun mengesahkan beberapa pemain bintang mereka turut hadir untuk merancakkan siri jelajah mereka di Asia Tenggara.

Antara yang bakal memperkuatkan Dortmund dalam siri jelajah ini ialah Marco Reus, Mats Hummels, Emre Can, dan Donyel Mallen untuk berhadapan JDT termasuk beberapa kelab dari negara lain.

Perkara tersebut disahkan sendiri menerusi Facebook Asean Football, apabila laman tersebut menyatakan Marco Reus bersama tiga lagi pemain bintang lain bakal bersama-sama terlibat dalam siri jelajah Asia 2022.

Seperti diketahui, Mats Hummels merupakan salah seorang tonggak yang memastikan Jerman menjuarai Piala Dunia pada tahun 2014 di Brazil.

Hummels juga turut tersenarai pada temasya tersebut untuk mewakili negaranya pada edisi 2018 dimana Jerman tersingkir lebih awal selepas mencatat satu kemenangan sahaja dalam Kumpulan F.

Untuk edisi kali ini, tonggak pertahanan tersebut tidak lagi terpilih ke Qatar walaupun tersenarai dalam 44 pemain sebelum itu sebelum dikecilkan kepada 26 orang sahaja.

Selain Hummels, seorang lagi pemain yang tidak mendapat panggilan skuad kebangsaan ke Piala Dunia 2022 ini ialah Marco Reus.

Reus antara pemain yang terpilih ketika aksi Piala Dunia yang berlangsung di Russia pada tahun 2018 dan beraksi sebagai pemain serangan lincah buat Jerman.

Sebelum itu, pemain ini tidak dapat mengecapi trofi kejuaraan tersebut pada 2014 selepas beliau diketepikan kerana mengalami masalah kecederaan.

Dua lagi tonggak turut dibawa Edin Terzic kali ini iaitu Emre Can dan Donyell Malen yang juga bukan calang-calang, selepas sumbangan aksi mereka juga agak besar dan pernah membantu negara masing-masing dalam kejohanan berprestij.

JDT menjadi kelab kedua bakal dihadapi oleh Dortmund selepas gergasi Jerman itu terlebih dahulu menerima saingan daripada Lion City Sailor di Singapura.

Pertemuan sebelum itu pada 2015 menyaksikan JDT tumbang di tangan pasukan tersebut dengan keputusan penuh 1-6 di Larkin, dan jaringan tunggal wakil dari Malaysia ketika itu diledak oleh Gary Steven Robbat.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN