Ini 3 Sebab Malaysia Bakal Menang Ke Atas Turkmenistan

Malam esok Malaysia bakal membuka tirai saingan bagi aksi kelayakan Piala Asia 2023 dalam Kumpulan E untuk menentang Turkmenistan di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ).

Menerusi persiapan sebelum ini dalam dua siri perlawanan persahabatan Tier 1 menentang Brunei Darussalam dan Hong Kong, anak-anak buah Kim Pan-gon berjaya mencipta keputusan positif untuk mengharungi aksi kelayakan tersebut malam esok.

Ada tiga sebab mengapa Malaysia bakal mencipta kejayaan menentang Turkmenistan malam esok walaupun ranking lawan jauh lebih bagus berbanding skuad kebangsaan.

Kelebihan beraksi di laman sendiri

Seperti diketahui ramai, aksi Kumpulan E ini bakal berlangsung di SNBJ yang juga merupakan laman rasmi buat skuad kebangsaan beraksi di pentas antarabangsa.

Beraksi di hadapan para penyokong setia Harimau Malaya, skuad kebangsaan pastinya bakal mendapat suntikan moral tinggi untuk mempamerkan aksi lebih baik bertemu mana-mana lawan.

Sorakan padu daripada penyokong juga sedikit sebanyak pastinya menghadirkan rasa gerun buat pelawat untuk memberi kelebihan buat skuad negara mengambil peluang tersebut ketika dalam permainan.

Barisan pemain lebih menyakinkan

Nama-nama pemain yang berjaya mencuri perhatian Kim Pan-gon kali ini rata-ratanya sedang berada dalam prestasi terbaik mereka awal musim ini serta dalam aksi persahabatan sebelum itu.

Kelibat Arif Aiman, Akhyar Rashid, Azam Azih, dan Dion Cools antara yang berjaya mempamerkan aksi mantap ketika ini untuk menjadi bualan positif dalam komuniti penyokong skuad negara.

Walaupun ada segelintir penyokong menyuarakan sedikit rasa kecewa mengenai pemilihan Guilherme De Paula, namun barisan serangan lain juga dilihat agak ampuh seperti Syafiq Ahmad dan Darren Lok.

Taktikal Pan-gon menyakinkan

Rata-rata para pemain menyuarakan rasa positif mengenai metodologi yang dipamerkan oleh Pan-gon sepanjang sesi latihan skuad kebangsaan.

Pengendali tersebut nyata memberi dimensi sedikit berbeza dalam permainan skuad kebangsaan biarpun masih lagi baru memegang tampuk kejurulatihan dalam kem negara.

Corak permainan lebih pantas, ada taktikal lebih menyakinkan, serta posisi setiap pemain berada dalam keadaan terbaik untuk mereka cepat memahami apa yang Pan-gon mahu ketika dalam perlawanan.

Kelibat Syamer Kutty antara paling menyerlah sepanjang berada bawah kejurulatihan Pan-gon setakat ini apabila pemain tersebut dilihat selesa dalam posisinya dan tahu menjalankan tugas dengan baik sepanjang aksi permainan.

Misi sukar, tapi kita bola buat!

Malaysia kini membawa satu misi penting untuk melayakkan diri secara merit ke Piala Asia pada tahun depan.

Walaupun diakui Turkmenistan dan Bahrain antara lawan yang sukar buat skuad kebangsaan kali ini, Pan-gon pasti sudah mengkaji sepenuhnya mengenai perlawanan bakal dihadapi beliau untuk mengharumkan skuad negara.

Tiada jalan mudah buat beliau selain terus menegaskan isu disiplin dalam latihan serta kerjasama para pemain juga amat penting buat pengendali dari Korea Selatan itu untuk menghasilkan sesuatu positif dalam bola sepak Malaysia.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN