Ini 3 Sebab Kenapa Zidane Sendiri Adalah Sebab Beliau Bakal Menganggur

Masa depan Zinedine Zidane sebagai pengurus Real Madrid masih lagi tidak menentu selepas gagal membantu pasukan kendaliannya meningkatkan mutu persembahan dalam saingan La Liga.

Khabar angin mengenai masa depan Zidane di Madrid ini sudah mula bertiup selepas pasukannya itu dimalukan 0-3 oleh musuh tradisi, Barcelona dalam pertembungan El Clasico pada aksi La Liga di Santiago Bernabeu.

Terbaru, pasukannya turut tewas keatas Villareal dengan jaringan tipis 0-1 di halaman sendiri.

Keputusan tersebut membuatkan pengendali berusia 47 tahun itu berdepan tekanan yang memuncak ketika ini apabila Real semakin tercicir daripada saingan perebutan gelaran juara La Liga.

Ketika ini, Real Madrid berada ditangga ke 4 carta liga dibawah Valencia dan Atletico Madrid, malah lebih perit, mereka jauh ketinggalan 19 mata dari Barcelona.

Dalam 18 perlawanan, Real Madrid hanya berjaya mengumpul 32 mata dengan mencapai 9 kemenangan dan tewas sebanyak 4 kali.

Pretasi Real Madrid pada musim 2017/18 ini amat mengecewakan. Hal ini menjadi alasan mengapa pihak pengurusan tertinggi kelab tersebut harus melakukan langkah drastik dengan melakukan rombakan memecat jurulatih dari Perancis itu.

Berikut merupakan 3 alasan utama mengapa Zidane sendiri adalah punca karier pengurus beliau di Real Madrid bakal berakhir.

1. Terlalu Mempercayai Karim Benzema Untuk Mengemudi Bahagian Serangan

Karim Benzema gagal menunjukkan persembahan yang terbaik saat ini bersama Real Madrid.

Pemain berusia 30 tahun itu hanya berjaya menjaringkan 4 gol dalam 15 perlawanan, ini termasuk dalam saingan La Liga dan Liga Juara-Juara Eropah.

Walaupun gagal  mempamerkan pretasi yang cemerlang kepada pasukan, Benzema masih lagi diberi kepercayaan oleh Zidane untuk mengemudi jentera serangan pasukan.  

Setakat ini Benzema telah diberi peluang beraksi selama 1096 minit perlawanan. Dilihat, beberapa perlawanan sebelum ini, Zidane banyak mengeluarkan kenyataan mempertahankan pemain tersebut, meskipun pasukannya tewas, persembahan Benzema masih dianggap positif oleh beliau.

during the UEFA Champions League Round of 16 first leg match between Real Madrid CF and SSC Napoli at Estadio Santiago Bernabeu on February 15, 2017 in Madrid, Spain.

2.  Melepaskan tonggak serangan Real Madrid

Meskipun Zidane berjaya mendatangkan beberapa pemain baru untuk memperkuatkan bahagian jentera serangan pasukan seperti Marcos Llorente, Borja Mayoral dan Theo Hernandez, namun, kehadiran pemain-pemain baru tersebut masih gagal untuk mengisi kekosongan tempat yang ditinggalkan oleh James Rodriguez dan Alvaro Morata.

James yang behijrah ke Bayern Munich manakala Morata ke Chelsea telah mempamerkan pretasi yang cemerlang bersama pasukan baru mereka.

Di Madrid kedua-dua pemain ini gagal mendapat tempat kesebelasan utama, malah mereka tidak diberi kepercayaan untuk peluang beraksi diatas padang menyebabkan mereka berdua membuat keputusan untuk keluar dari Santiago Bernabeu.

Ketiadaan dua pemain ini sedikit sebanyak membawa impak jentera serangan Real Madrid. Los Blancos hanya berjaya menjaringkan 32 gol berbanding Barcelona dengan 52 gol berjaya dihasilkan dalam saingan La Liga setakat ini.

Ketumpulan jentera serangan membuatkan pasukan itu dihimpit krisis posisi serangan pasukan, dengan hanya mengharapkan Cristiano Ronaldo, Gareth Bale dan Karim Benzema.

LA CORUNA, SPAIN – APRIL 26: James Rodriguez of Real Madrid celebrates with his teammates Alvaro Morata of Real Madrid after scoring his team’s fourth goal during the La Liga match between RC Deportivo La Coruna and Real Madrid at Riazor Stadium on April 26, 2017 in La Coruna, Spain. (Photo by Juan Manuel Serrano Arce/Getty Images)

3. Gagal Mendapatkan Pemain Ternama Pada Jendela Perpindahan 2017/18

Pada musim 2017/18 ini, Zidane tidak melakukan pembelanjaan yang besar. Beliau hanya membeli dua pemain sahaja untuk bersama Real Madrid iaitu, Dani Ceballos dan Theo Hernandez.

Manakala, Jesus Vallejo, Borja Mayoral dan Marcos Llorente tidak termasuk sebagai pembelian pasukan musim ini kerana tiga pemain tersebut sebelum ini sudah menyertai Real Madrid, tetapi mereka dipinjamkan ke kelab lain.

Gagal mendatangkan pemain-pemain hebat, sebaliknya, Zidane terpaksa melepaskan beberapa pemain ternama Real Madrid untuk musim ini, antaranya Danilo, Fabio Coentrao, Pepe, Mariano, James Rodriguez dan Alvaro Morata.

Zidane juga dengan yakin menyatakan yang beliau tidak perlukan dana untuk membeli pemain pada kali ini. Beliau yakin dengan kualiti pasukan yang ada.

Sesetengah penyokong mula mempersoalkan mengapa Zidane membuat keputusan sedemikian dengan membeli pemain muda yang tidak ternama.

Adakah Zidane sedang mengambil hati pengurusan Real Madrid supaya mereka yakin pasukan yang ada sudah cukup bagus? Banyak aspek harus diambil kira termasuk kecederaan dan pemergian beberapa bintang berbakat sebelum ini.

Sedangkan musuh tradisi mereka, Barcelona dilihat pada musim ini telah melakukan pembelanjaan yang besar dengan berjaya membawa masuk pemain-pemain seperti Paulinho, Ousmane Dembele, dan Philippe Coutinho.

Melihat situasi Zidane yang gagal menggunakan kesempatan pada jendela perpindahan kali ini, ia boleh dijadikan sebagai salah satu alasan utama mengapa Los Blancos mengalami penurunan pretasi pada saingan La Liga musim ini.

Kesimpulan 

Apakah pengendali yang membantu Los Blancos merangkul gelaran UEFA Champion League secara berturut sebelum ini harus disingkirkan kerana kegagalan pretasi pada musim ini ?

Ataupun diberikan peluang. Namun, harus diingat, pengurusan tertinggi tetap mahukan gelaran demi gelaran yang harus diraih kelab ibu kota Sepanyol itu.

Zidane harus lakukan sesuatu jika mahu dirinya terus kekal mengendali Real Madrid untuk musim-musim yang akan datang.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN