Kedah Darul Aman (KDA) terus dirundung malang dalam saingan peringkat domestik setelah tampil cemerlang sebelum itu dalam kejohanan Piala AFC 2022 di Bali, Indonesia.
Terbaharu, KDA mencatat kekalahan keempat musim ini dalam saingan Liga Super 2022 apabila tewas kepada Terengganu semalam dengan keputusan 1-2 di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA), Gong Badak.
🔰 MASA PENUH 🔰
🟢🟡 LS11 | TERENGGANU FC 2 – 1 KDA FC
⚽️ 13' Kpah Sherman TFC
⚽️ 56' Manuel Ott TFC
⚽️ 90+2' Azammuddin KDA FC#KDAFC #PulunKedahPulun #SangKenari #BiarJasaJadiKenangan #2022season #ligasuper2022 #TERKDA #LS11 pic.twitter.com/8pdk83a5fa— KEDAH DARUL AMAN FC (@kda_fc) July 15, 2022
Walaupun masih segar dengan kekalahan lalu di tangan pasukan sama dalam aksi pusingan kedua Piala FA 2022, anak-anak buah Aidil Sharin Sahak gagal untuk mencipta kebangkitan pada perlawanan semalam.
Sebelum itu, media sosial rasmi KDA juga menyatakan misi mereka untuk membalas dendam pada kekalahan lalu, namun perkara tersebut dilihat gagal untuk direalisasikan pada perlawanan tersebut.
Terdapat tiga punca mengapa KDA gagal untuk melunaskan misi mereka semalam biarpun masih baharu bertemu lawan yang sama sebelum ini.
Corak permainan mudah dibaca
Berdasarkan aksi semalam, nyata Terengganu tidak menghadapi laluan sukar untuk mengenal pasti segala pergerakan cuba dibuat oleh KDA sepanjang perlawanan.
KDA dilihat terlalu perlahan untuk membuat perubahan transisi dalam permainan dan Terengganu cepat untuk menjangkakan langkah pasukan lawan mereka dengan cepat seperti menutup ruang atau membuat serangan balas kembali.
KDA juga dilihat terlalu bergantung pada gerakan individu pada perlawanan tersebut berbanding bergerak dalam satu unit.
Struktur pertahanan agak longgar
Dengan empat pemain tempatan sahaja ketika ini di posisi tersebut, KDA menghadapi sedikit kesukaran untuk menyerap asakan dari pasukan lawan.
Terengganu nyata banyak menggunakan Faiz Nasir, Faisal Halim, dan Kpah Sherman untuk cuba memecahkan blok pertahanan KDA yang sedikit bergelut untuk menyaingi kepantasan dan skil kawalan individu mereka.
13' GOL | Hantaran Faisal Abdul Halim disudahkan oleh Kpah Sherman untuk gol pendahuluan Terengganu FC!@FCTerengganu 1-0 @kda_fc #LigaSuper2022 pic.twitter.com/ovpU3gJiyO
— Malaysian Football League (@MFL_MY) July 15, 2022
Walaupun begitu, kelibat Kamil Akmal antara yang masih wajar dipuji apabil pertahanan muda tersebut dilihat beraksi menjangkaui usia dan pengalamannya setakat ini bersama KDA biarpun masih ada beberapa kesilapan dibuat.
Kreativiti dan ketajaman serangan KDA hilang
Perkara paling merisaukan semalam ialah jentera serangan KDA yang dilihat paling kurang menyakinkan.
Tidak pasti atas masalah apa yang berlaku, namun sepanjang perlawanan berlangsung, KDA hanya memperoleh sekali sepakan tepat ke gawang gol hanya pada minit ke-72.
90+2' GOL | Azammuddin Akil merapatkan kedudukan untuk Kedah Darul Aman FC.@FCTerengganu 2-1 @kda_fc #LigaSuper2022 pic.twitter.com/RYA62fulg0
— Malaysian Football League (@MFL_MY) July 15, 2022
Ronald Ngah Wanjah selaku penyerang utama dilihat bergelut dalam perlawanan sambil pasukan banyak mengharapkan pada mobiliti Mahmoud Al-Mardi untuk menggerakkan serangan.
Kemasukan Fayadh Zulkifli dan Azamuddin Akil dilihat sedikit sebanyak memberi impak positif buta serangan KDA, namun Ronald Ngah masih gagal untuk memberikan sesuatu.
Kesimpulan
Aidil Sharin perlu merombak kembali serta menilai para pemain bersesuaian jika mereka ingin kembali bangkit pada perlawanan seterusnya.
Ketika ini KDA sudah pun turun di tangga kelima carta Liga Super 2022 setelah dirampas Terengganu menerusi kemenangan semalam.
CARTA KEDUDUKAN LIGA SUPER SETAKAT LS11.
KDA FC perlu bangkit untuk mengutip 3 mata di halaman sendiri Selasa ini menentang pasukan Sarawak United FC. Ayuh beri sokongan buat Sang Kenari di Darulaman! 🔥 pic.twitter.com/8819ZmOJ42
— KEDAH DARUL AMAN FC (@kda_fc) July 15, 2022
Pasukan tersebut sebenarnya berada dalam momentum terbaik selepas perlawanan Piala AFC baru-baru ini, cuma sedikit kesilapan menyebabkan mereka terlepas peluang untuk mempertahankan Piala FA serta kehilangan tiga mata penuh.