Selepas mencatat kekalahan tipis 1-0 di tangan Terengganu dalam aksi pusingan kedua Piala FA 2022, Kedah Darul Aman (KDA) mungkin tidak rela lagi untuk menerima keputusan negatif di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA).
KDA yang bakal berkunjung sekali lagi ke sana bakal menghadapi Terengganu untuk kali kedua tahun ini dalam aksi saingan Liga Super pula bagi mencari tiga mata penting untuk terus mengukuhkan kedudukan di tangga keempat.
Statistik perlawanan menentang Terengganu FC. Lebih positif di separuh masa kedua, Sang Kenari perlu segera memperbaiki kelemahan bagi aksi Liga Super menentang pasukan yang sama 15 Julai ini. pic.twitter.com/lHuwtPj6gd
— KEDAH DARUL AMAN FC (@kda_fc) July 9, 2022
Menerusi perlawanan lalu, jelas ada beberapa kelemahan yang dihadapi KDA ketika berdepan cabaran Terengganu yang disifatkan sangat berbahaya sepanjang perlawanan.
Terdapat tiga perkara yang mungkin boleh diperbaiki KDA menjelang aksi Liga Super menentang Terengganu tidak lama lagi.
Perkukuh posisi tengah
Pada perlawanan lalu, KDA dilihat agak bermasalah untuk menguasai posisi tengah apabila lawan nyata tampil efektif dengan persehaman serta kualiti individu yang efektif.
Penggunaan Sanrawat Detchmitr, Dechi Marcel, dan Fadzrul Danel dilihat gagal untuk mengimbangi dengan baik mengenai kekuatan lawan.
Mungkin Aidil Sharin Sahak dapat mempertaruhkan kembali Mahmoud Al-Mardi di tengah untuk bergandingan bersama Marcel, sementara Sanrawat kekal beroperasi di bahagian belakang untuk mencipta hantaran-hantaran tepat ke rangkaian serangan.
Kreativiti di bahagian serangan
Salah satu sebab mengapa KDA gagal untuk menjaringkan gol kerana pergerakan rangkaian serangan kelab tersebut begitu mudah diteka.
Penyerang utama, Ronald Ngah Wanja dilihat sukar untuk mencipta peluang atau menerima bola apabila pertahanan lawan pantas meneutralkan ancaman pemain tersebut dengan baik.
📸 Sorotan foto perlawanan Rabu lepas selepas terkandas di pusingan kedua Piala FA 2022.
🔰 FA Rd2 | FT | TERENGGANU FC 1-0 KDA FC
⚽ 6' Faiz Nasir TFC#KDAFC #PulunKedahPulun #SangKenari #BiarJasaJadiKenangan #2022season #pialafa2022 #pusingankedua pic.twitter.com/sZU25wWrIv— KEDAH DARUL AMAN FC (@kda_fc) July 8, 2022
Dari segi mobiliti, hanya Al-Mardi sahaja mampu memberikan perkara tersebut selain Al-Hafiz yang agak tenggelam.
Untuk itu sudut kreativiti perlu diberi penekanan untuk mencipta kepelbagaian peluang serangan ke kubu lawan selain tidak terlalu bergantung sepenuhnya kepada Ronald Ngah sahaja.
Tingkatkan teknikal pemain
Jika dilihat pada perlawanan tersebut, kebanyakan pemain KDA mudah melakukan kesilapan sia-sia yang berpunca daripada diri mereka sendiri.
🔰 MASA PENUH 🔰
Keputusan yang tidak menyebelahi KDA FC. Bangkit dan terus ke hadapan.
🔰 FA Rd2 | FT | TERENGGANU FC 1-0 KDA FC
⚽ 6' Faiz Nasir TFC#KDAFC #PulunKedahPulun #SangKenari #BiarJasaJadiKenangan #2022season #pialafa2022 #pusingankedua pic.twitter.com/OP8hWJ49Hv
— KEDAH DARUL AMAN FC (@kda_fc) July 6, 2022
Terengganu juga kebanyakan mendapat peluang hasil kesilapan individu pemain KDA sendiri yang kurang cermat mengawal bola serta ketepatan hantaran agak lemah.
Oleh sebab itu, kem kejurulatihan KDA diminta agar terus menajamkan aspek teknikal pemain serta persefahaman antara satu sama lain agar masalah sedemikian mudah diatasi bagi perlawanan seterusnya.