Ini 3 Perkara Positif Dicipta Kim Pan-gon Buat Harimau Malaya Kembali Digeruni Serata Asia

Nama Kim Pan-gon pastinya akan terus disebut-sebut dalam kalangan penyokong bola sepak Malaysia ketika ini setelah beliau dilihat kembali membawa Harimau Malaya di landasan yang tepat untuk kembali kuat.

Kemuncak prestasi beliau setakat ini bersama skuad kebangsaan pastinya aksi kemenangan 4-1 mengatasi Bangladesh dalam perlawanan terakhir peringkat Kumpulan E dalam saingan kelayakan Piala Asia 2023 bakal diingati dalam kalangan penyokong Harimau Malaya.

Apa tidaknya, kemenangan perlawanan tersebut yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) itu berjaya membawa skuad negara untuk bersaing dalam Piala Asia tahun hadapan.

Banyak perkara positif yang telah disumbangkan oleh Kim setakat ini bersama skuad kebangsaan walaupun baru beberapa bulan memegang jawatan pengendali Harimau Malaya.

Ada tiga perkara positif berjaya disumbangkan oleh Kim setakat ini bersama skuad kebangsaan.

Ranking skuad kebangsaan meningkat

Kali terakhir ranking skuad kebangsaan sebelum aksi kelayakan Piala Asia 2023 ialah di kedudukan 154 dunia setelah tidak banyak kejayaan dan mata dikumpul pada tahun lalu.

Namun, Malaysia kini berjaya melonjakkan diri kepada kedudukan 147 dunia setelah saingan tersebut apabila skuad kendalian Kim ini berjaya merekodkan dua kemenangan dan satu kekalahan untuk melonjakkan diri ke pusingan akhir.

Dijangka ranking Malaysia mungkin makin meningkat sekiranya skuad kebangsaan menyertai mana-mana siri perlawanan persahabatan bersama negara lebih tinggi dari kedudukan negara.

Kualiti pemain ditingkatkan dalam perlawanan antarabangsa

Apa yang diubah kembali oleh Pan-gon dalam kem kebangsaan ialah meningkatkan kembali kualiti para pemain dari segi stamina, teknikal, dan visi di atas padang.

Kita boleh lihat bagaimana Syamer Kutty Abba yang melonjak tahap permainannya sepanjang bersama pengendali dari Korea Selatan tersebut di setiap perlawanan.

Kualiti permainan Syamer Kutty meningkat dengan drastik ketika ini

Kim juga berjaya menaikkan kembali nama-nama lain di pentas antarabangsa seperti Darren Lok, Syihan Hazmi, serta Khuzaimi Piee yang sebelum itu tidak diberi perhatian untuk pasukan kebangsaan.

Piala Asia menjadi hadiah pertama Pan-gon buat bola sepak negara

Selepas 42 tahun kali terakhir Malaysia beraksi di Piala Asia, kini segalanya kembali direalisasikan oleh pengendali tersebut pada walaupun masih baru diberi kepercayaan selaku jurulatih Harimau Malaya.

Nama Kim bakal tercatat dalam lipatan sejarah bola sepak negara apabila perkara yang dibuat Malaysia pada tahun 1980 dulu kini berjaya dicipta kembali oleh beliau.

Bukan sekadar kualiti permainan dan ranking negara sahaja meningkat, malah Kim telah berjaya memberi slot buat Malaysia di Piala Asia pada tahun hadapan dengan masa singkat sahaja.

Pengendali tersebut juga pastinya sangat bangga setelah melalui musim yang suram sebelum itu bersama skuad kebangsaan Hong Kong.

Kejayaan ini usaha kita semua

Walau apapun yang telah disumbangkan oleh Kim, segala perkara ini tidak akan berlaku sekiranya beliau tidak mendapat sokongan daripada sekeliling.

Para pemain juga dilihat berjaya mempamerkan segala yang diingini pengendali tersebut biarpun tidak lama masa bersama sepanjang kem latihan berlangsung.

Kejayaan tidak akan datang bergolek sekiranya semua yang terlibat enggan bersatu dan memasang tekad untuk kembali menaikkan mutu bola sepak negara di persada dunia.

Semoga lebih banyak kejayaan dapat dicipta oleh Kim bersama skuad negara sekali gus menjadi legenda dalam sukan bola sepak tanah air sebagai jurulatih yang hebat.

Kredit foto: FAM

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN