Ini Tiga Pembelian Import Berbaloi Kedah Era Aidil Sharin

Aidil Sharin Sahak mula memegang tampuk kejurulatihan Kedah Darul Aman pada tahun 2019 untuk membentuk kembali pasukan tersebut menjadi kuat selepas skuad ini agak terumbang ambing setelah pemergian Tan Cheng Hoe.

Selepas ketiadaan Tan Cheng Hoe yang mengambil keputusan bersama kem kebangsaan pada pertengahan 2017, tampil Nidzam Adha ketika itu mengambil alih Kedah sehingga awal 2018 sebelum digantikan seketika oleh Ramon Marcote.

Sepanjang bersama Kedah, Aidil Sharin telah menggunakan ramai khidmat pemain import untuk memperkuatkan skuad kendaliannya setiap musim di pelbagai posisi.

Ini adalah tiga pemain Kedah yang dilihat berjaya memberi impak terbaik sepanjang era kejurulatihan Aidil Sharin.

Fernando Rodriguez

Penyerang ini buat pertama kali menyertai Liga Malaysia pada tahun 2019 setelah beraksi sebelum itu bersama Mitra Kukar di Indonesia.

Sepanjang bersama Kedah, Fernando telah berjaya meledak 21 gol daripada 23 penampilan untuk memberi keceriaan buat para penyokong setelah agak kecewa pada musim sebelum itu akan aksi Pablo Pallares dan Paulo Rangel yang kurang menyerlah.

Aksi beliau yang konsisten tersebut berjaya mencuri tumpuan Johor Darul Ta’zim untuk menandatangani pemain dari Sepanyol tersebut pada tahun seterusnya hingga kini bagi beraksi bersama pasukan feeder di Liga Premier.

Shakir Hamzah

Kelibat pemain kebangsaan Singapura ini antara pemain import paling berbaloi pernah dimiliki Kedah biarpun beraksi hanya untuk satu musim sahaja.

Kebolehan Shakir untuk beraksi dengan sangat bagus di bahagian pertahanan tengah dan kiri memberi kelebihan buat Aidil Sharin untuk mencorakkan kepelbagaian taktikal kelab ketika itu.

Lebih menarik, Shakir juga berjaya meledak empat gol keseluruhan sepanjang bersama Kedah dan menggunakan peluang menerusi situasi sepakan percuma untuk mencipta sesuatu.

Tchetche Kipre

Hadir pada tahun 2020 bersama Kpah Sherman bagi menggantikan trio Jonathan Bauman dan Fernando Rodriguez dengan membawa rekod lampau yang sangat baik bersama Terengganu sebelum itu selaku penggempur berbisa.

Nyata sepanjang aksi beliau bersama Kedah, Kipre berjaya membentuk kombinasi serangan berbisa bersama Kpah Sherman.

Musim lalu sahaja Kipre telah meledak 11 gol bersama 14 bantuan gol untuk membantu Kedah berada di kedudukan kedua liga di belakang JDT.

Ikuti kami di TikTok!

Semuanya BOLA akhirnya telah tiba di TikTok! Ikuti akaun TikTok kami untuk dapatkan info ringkas dan santai mengenai bola sepak dalam bentuk video pendek sekarang.

Jom buat ramai di sana dengan ikuti di tiktok.com/@mysemuanyabola sekarang!

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN