Penentuan juara Piala AFF 2022 telah pun dinoktahkan selepas Thailand berjaya mengetepikan Vietnam dalam aksi mendebarkan menerusi keputusan penuh secara agregat 3-2.
Pada aksi final pusingan pertama sebelum itu, kedua pasukan saling terikat menerusi keputusan 2-2 di Stadium My Dinh sebelum Thailand meraih kemenangan hasil jaringan tunggal daripada Theerathon Bunmathan.
⏱️ #THAvVIE 𝗙𝗨𝗟𝗟-𝗧𝗜𝗠𝗘
🇹🇭 Thailand 1⃣-0️⃣ Vietnam 🇻🇳
That's it. @Changsuek_TH have won it! 🐘#AFFMitsubishiElectricCup2022 | #BeTheGameChanger pic.twitter.com/SBLydSGHFV
— AFF Mitsubishi Electric Cup (@affmecup) January 16, 2023
Pada aksi tersebut, Thailand tampil dengan corak permainan cukup agresif untuk menekan pihak lawan sejak aksi bermula menerusi siri-siri serangan berbahaya.
Vietnam yang sedikit bergelut pada perlawanan itu hanya berjaya melepaskan dua percubaan tepat ke arah gawang tuan rumah dan mereka terpaksa akur sehingga wisel penamat dibunyikan pengadil.
Sesuatu yang menarik ingin diperkatakan mengenai kejayaan Thailand pada saingan kali ini selain menjuarainya untuk dua edisi berturut-turut bagi meraih gelaran ‘Raja Asia Tenggara’.
Berikut merupakan tiga kejayaan yang dikecapi oleh Changsuek untuk aksi final ini dengan tampil serba gemilang di laman sendiri iaitu Stadium Thammasat.
Lakar rekod kecapi tujuh kejuaraan Piala AFF
Tidak dinafikan lagi, Thailand sememangnya menjadi negara paling banyak meraih kejuaraan tersebut dengan musim ini mereka mendakap trofi tersebut untuk kali ketujuh.
Setelah cemerlang pada musim lalu dengan menewaskan Indonesia di pusingan akhir, kali ini Thailand terus kekal konsisten setelah menjadikan Vietnam sebagai mangsa mereka pula.
🏆🐘 𝗖 𝗛 𝗔 𝗠 𝗣 𝗜 𝗢 𝗡 𝗦 🐘🏆
🇹🇭 Thailand make it #AFFMitsubishiElectricCup number 7️⃣!#BeTheGameChanger pic.twitter.com/PJLonvDDWA
— AFF Mitsubishi Electric Cup (@affmecup) January 16, 2023
Selain itu, hanya Singapura kekal sebagai pencabar terdekat setelah tampil selaku pasukan kedua yang kerap meraih kejuaraan tersebut, dengan empat kali mereka mengecapinya sebelum ini.
Thailand raih kejuaraan berganda
Selain muncul selaku juara Piala AFF 2022, pasukan tersebut juga gah mencipta nama untuk kejuaraan individu menerusi beberapa kategori yang turut dipertandingkan.
Jika musim lalu Chanathip Songkrasin dinobatkan selaku Pemain Paling Bernilai, untuk kali ini ianya jatuh kepada Theerathon Bunmathan yang sangat jelas sangat konsisten dalam setiap perlawanan.
Selain itu, penjaring terbanyak musim ini juga menjadi milik penyerang veteran Thailand iaitu Teerasil Dangda yang berkongsi anugerah tersebut bersama pemain Vietnam, Nguyen Tien Linh.
🎖️ Your 𝗠𝗶𝘁𝘀𝘂𝗯𝗶𝘀𝗵𝗶 𝗘𝗹𝗲𝗰𝘁𝗿𝗶𝗰 𝗠𝗩𝗣 is:
🇹🇭 𝗧𝗵𝗲𝗲𝗿𝗮𝘁𝗵𝗼𝗻 𝗕𝘂𝗻𝗺𝗮𝘁𝗵𝗮𝗻 👏
#AFFMitsubishiElectricCup2022 | #BeTheGameChanger pic.twitter.com/3styICjodN
— AFF Mitsubishi Electric Cup (@affmecup) January 16, 2023
Lebih menarik, ia menjadi kejuaraan kali kelima buat Teerasil selepas buat julung kalinya beliau meraih anugerah itu pada tahun 2008.
Sambut kejuaraan bersama Presiden FIFA
Walaupun siri kejohanan Piala AFF ini tidak termasuk dalam tarikh kalendar Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA), namun ianya tetap menjadi sesuatu yang unik musim ini.
Ini kerana, aksi final tersebut telah disaksikan sendiri oleh Presiden FIFA iaitu Gianni Infantino sepanjang saingan berlangsung, selepas beliau tiba di Thailand lebih awal sebelum itu.
Annnnnnd 𝘴𝘵𝘪𝘭𝘭 𝗞𝗶𝗻𝗴𝘀 𝗼𝗳 𝗔𝗦𝗘𝗔𝗡 👑 🇹🇭
🏆 CHAMP7ONS 🏆#AFFMitsubishiElectricCup2022 | #BeTheGameChanger pic.twitter.com/HtsYHxJl4t
— AFF Mitsubishi Electric Cup (@affmecup) January 16, 2023
Lebih manis, Infantino juga turut menyerahkan piala kejohanan tersebut kepada Thailand yang menjadikannya sesuatu lebih istimewa buat mereka kali ini berbanding enam kejuaraan sebelum ini.