Ini 3 Faktor Utama Syafiq Ahmad Akan Kembali Meletup Musim 2022

Umum diketahui Syafiq Ahmad merupakan penyerang yang telah dipinjamkan oleh pasukan Johor Darul Takzim buat Kedah pada tahun ini. Syafiq tampil selaku salah satu nama yang besar sekembalinya beliau di kem Hijau Kuning.

Pemain serangan yang versatil ini pernah mencipta nama pada awal karier beliau sewaktu bersama Kedah dan sering digelar selaku ‘supersub’ dek kerana kebolehan beliau yang mampu mengubah tempo permainan dan meledak gol saat diperlukan.

Semalam, Syafiq berjaya menampilkan keyakinan beliau buat para penyokong apabila berjaya meledak 3 gol sewaktu aksi pra musim menentang pasukan MADA FC.

Terdapat beberapa perkara positif yang kita mungkin dapat lihat mengenai pemain tersebut pada musim ini bersama Kedah dan kami senaraikan 3 faktor mengapa Syafiq akan kembali meletup pada musim 2022:

Minit permainan

Seperti diketahui ramai, Syafiq merupakan salah satu pemain kebangsaan yang agak tersisih musim lalu dek kerana jarang mendapat tempat untuk beraksi lebih kerap bersama kelab lamanya.

Bersama Kedah musim ini, peluang Syafiq untuk lebih beraksi lebih besar kerana rata-rata pemain pasukan diwakilinya musim ini lebih muda dan Syafiq ada pengalaman jauh lebih baik untuk digunakan oleh Aidil Sharin.

Selain itu, pihak pengurusan dan kejurulatihan pastinya sudah maklum tujuan utama Syafiq dipinjamkan supaya mendapat lebih banyak minit permainan seperti yang diinginkan beliau.

Dengan lebih banyak peluang diberi, Syafiq akan kembali mendapat rentak permainan beliau yang lama dan mendapat lebih keyakinan untuk beraksi.

Faktor persekitaran

Syafiq memulakan karier beliau sebagai pemain bola sepak di Kedah pada tahun 2012 sehingga pada 2017 sebelum beliau berpindah ke JDT.

Beliau sudah kenal dengan persekitaran Kedah kerana Syafiq bermula segalanya di sini selaku pemain profesional yang berjaya.

Sewaktu era beliau yang gemilang bersama Kedah, pemain ini dikelilingi rakan-rakan sepasukan yang sentiasa menyokong dan mengenal pasti apa yang dikehendaki Syafiq di atas padang.

Walaupun tidak ramai kelibat pemain yang sama seperti kali terakhir Syafiq bersama pasukan Hijau Kuning ini, nama Amirul Hisyam, Arif Farhan, dan Syazwan Zainon masih ada untuk bersama Syafiq bagi mengulangi era kebangkitan Kedah pada musim 2016 dan 2017.

DNA baharu khas buat Syafiq

Kedah mungkin hadir dengan taktikal berbeza untuk disesuaikan atas faktor kini pasukan tersebut tampil dengan ramai muka baharu yang menyertai pasukan tersebut.

Aidil Sharin umum diketahui antara jurulatih yang bijak mengaplikasikan beberapa taktikal yang berbeza ketika bertemu lawan yang berlainan sejak beberapa musim mengemudi Kedah.

Dengan kehadiran import baharu serta beberapa pemain tempatan yang menyerlah seperti Syafiq, pastinya Aidil mempunyai rencana baharu untuk memaksimakan pemain ini dalam percaturannya.

Memandangkan Syafiq yang menginginkan lebih banyak minit permainan, jelas dilihat Aidil memulakan langkah awal dengan hanya mengambil seorang penyerang import iaitu Ronald Ngah Wanjah yang mungkin akan dipadankan bersama pemain ini.

Dennis Buschening pula merupakan pemain yang lebih baik beraksi di bahagian tengah serangan dan ini pasti memberi kelebihan Syafiq untuk dijadikan sebagai salah seorang penyerang utama dengan formasi permainan Kedah yang mungkin berubah musim ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN