Ini 3 Faktor Mengapa JDT Mudah ‘Dibanzai’ Teruk Di Jepun

Johor Darul Ta’zim (JDT) terpaksa mengucapkan selamat tinggal dalam saingan AFC Champions League (ACL) setelah gagal melakar kejutan di Stadium Saitama semalam.

Kekalahan 0-5 di tangan wakil kelab dari Jepun, Urawa Red Diamonds nyata betul-betul memberi tamparan agak besar buat JDT yang sebelum itu berjaya melakar kejutan juara peringkat kumpulan.

Walaupun begitu, ini bakal menjadi pengajaran berguna buat kelab tersebut untuk tampil lebih bersedia pada saingan musim depan menerusi persediaan dari segi pemain dan taktikal.

Urawa Reds nyata memberi persembahan yang sangat hebat dan dilihat tidak begitu mengalami kesukaran sepanjang perlawanan untuk mengatasi pelawat.

Ada beberapa faktor dikesan mengapa JDT gagal untuk memberi saingan lebih sengit buat pasukan tuan rumah sepanjang perlawanan berlangsung.

Persefahaman antara pemain pertahanan lemah

Salah satu faktor utama semalam mengapa JDT tewas ialah disebabkan persefahaman antara pemain pertahanan yang agak lemah.

Menerusi gol keempat dan kelima perlawanan antara paling ketara apabila bentuk pertahanan JDT dilihat terlalu lompong, sehingga memudahkan penyerang Urawa Reds, Kasper Junker menyusup masuk dan sekadar berhadapan penjaga gol.

Selain itu, garisan pertahanan juga berada terlalu tinggi dan mereka gagal menyaingi kepantasan pemain lawan ketika dalam situasi serangan balas, selain disiplin yang agak lemah dipamerkan.

Gandingan Natxo Insa dan Nazmi Faiz gagal beri impak

Hector Bidoglio telah mempertaruhkan Natxo Insa dan Nazmi Faiz Mansor untuk sebagai nadi utama JDT pada perlawanan semalam.

Malangnya, mereka gagal untuk mengawal kawasan tengah dengan baik sehingga memberi ruang terlalu lama buat Urawa Reds untuk mendominasi di ruang tersebut.

Natxo juga gagal untuk mengawal tempo permainan seperti kebiasaan serta Nazmi yang tidak begitu kreatif untuk menyusun atir serangan buat JDT.

Serangan tumpul

Trio serangan Fernando Forestieri, Bergson da Silva, serta Arif Aiman Hanapi gagal untuk memberi impak menerusi ketajaman mereka pada perlawanan semalam.

Tindakan Forestieri yang berada terlalu jauh ke bawah untuk membantu pemain tengah telah menyebabkan Bergson terkapai sendirian di bahagian atas.

Malah, Arif Aiman juga tidak mendapat banya peluang terbaik buat dirinya untuk membuat larian deras ke dalam petak penalti selain terlalu mudah dibaca pergerakannya oleh pertahanan lawan.

Kesimpulan

Jika diimbas kembali pada perlawanan semalam, ini merupakan suatu pengajaran dan proses pembelajaran baharu juga buat pasukan lain dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M) selain JDT.

Seperti diketahui, JDT sukar ditewaskan dalam saingan domestik dan perlawanan semalam membuktikan pasukan tersebut begitu mudah ditewaskan oleh wakil dari Jepun.

Sekiranya kelab lain nekad untuk turut beraksi di saingan tertinggi Asia itu, maka lebih banyak mereka perlu belajar dan membuat persediaan terbaik agar lebih banyak pasukan mampu memberi sikap berdaya saing seperti JDT.

Walaupun tewas, JDT masih boleh berbangga apabila satu lagi sejarah dalam pasukan tersebut telah dilakar apabila melayakkan diri ke pusingan 16 terbaik ACL musim ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN