Sabah kini dilihat sebagai pencabar paling berbahaya buat Johor Darul Ta’zim untuk merebut kejuaraan saingan Liga Super musim ini setelah tampil positif dalam beberapa perlawanan.
Kini, mereka berjaya menghuni tangga kedua liga setelah kejayaan menewaskan Negeri Sembilan di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi semalam dengan keputusan 1-0.
KEPUTUSAN MASA PENUH – LS12#LigaSuper2022 pic.twitter.com/rNLP6pgQnU
— Malaysian Football League (@MFL_MY) July 3, 2022
Walaupun beraksi di hadapan ribuan penyokong tuan rumah, jelas Sabah tidak bermasalah untuk beraksi dengan baik serta mencatat kemenangan ketujuh mereka setakat ini.
Ini ada tiga faktor kejayaan Sabah ketika menewaskan Negeri Sembilan semalam.
Kecemerlangan barisan serangan Sabah
Walaupun tampil dengan tidak begitu konsisten menerusi penyerang baharu mereka iaitu Jose Embalo, skuad ini masih mempunyai Taiki Kagayama, Park Tae-su, serta Saddil Ramdani untuk mencorakkan serangan Sabah.
Sebenarnya skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee ini berpeluang untuk meraih beberapa lagi peluang dalam bentuk jaringan, namun sedikit kesilapan serta kentalnya Syihan Hazmi menjadi penghalang utama.
Taiki jelas memainkan peranan penting untuk membuat tekanan buat pertahanan tuan rumah sehingga memaksa dua tiga pemain lawan terpaksa mengekori beliau.
62' GOL | Park Tae-su memecahkan kebuntuan di Paroi!@nsfc1923 0-1 @SabahFCofficial #LigaSuper2022 pic.twitter.com/QMVjRsNlTG
— Malaysian Football League (@MFL_MY) July 3, 2022
Kejayaan Sabah untuk terus mengasak ke kubu lawan juga memaksa Negeri Sembilan lebih banyak bertahan di separuh masa kedua dan ancaman mereka juga semakin menurun.
Pertahanan Sabah yang kukuh
Tampil dengan sedikit goyah di separuh masa pertama menjadikan tuan rumah hampir memperoleh gol pertama perlawanan.
Namun Sabah bernasib baik apabila kecemerlangan Khairul Fahmi Che Mat serta masalah ketumpulan jentera serangan Negeri Sembilan menyelamatkan keadaan.
Namun, segalanya tampak berubah di separuh masa kedua apabila Sabah tampil dengan lebih bersedia dan berjaya mematikan ancaman serangan lawan.
Jackson de Souza antara pemain paling sibuk dan cemerlang dalam usaha mengetepikan usaha jentera serangan lawan apabila beliau begitu pantas menutup segala ruang yang terbuka.
Negeri Sembilan hilang fokus separuh masa kedua
Salah satu perkara yang pastinya melegakan Sabah apabila pasukan tuan rumah tidak lagi segarang aksi mereka seperti di separuh masa pertama.
Gandingan Yashir Pinto, Matheus Alves, dan Gustavo Almeida dilihat semakin menurun di separuh masa pertama serta tidak banyak lagi ancaman dibuat mereka untuk menggerakan serangan ke kubu pertahanan Sabah.
📹 HIGHLIGHTS: @nsfc1923 0-1 @SabahFCofficial
Park Tae-su menjaringkan gol tunggal perlawanan untuk membolehkan Sabah FC memintas Negeri Sembilan FC di kedudukan kedua Liga Super.#LigaSuper2022 pic.twitter.com/r7sRFd07a5
— Malaysian Football League (@MFL_MY) July 3, 2022
Corak permainan berintensiti tingi Negeri Sembilan juga jelas menurun dan memberi peluang buat Sabah untuk menggunakan kepantasan Saddil dan Taiki untuk membuat serangan bertali arus dari bahagian sisi.
Kesimpulan
Perlawanan semalam jelas amat sengit apabila kedua pasukan saling berbalas serangan untuk mencari gol sekali gus merebut posisi lebih baik dalam carta liga.
Saranghaeyo oppa. 🫰🏼
@taesu28 #sabahmajujaya #bangunlahbersatusemua pic.twitter.com/zzy2gBXJhF— Sabah FC Official (@SabahFCofficial) July 3, 2022
Namun Negeri Sembilan dilihat sangat menurun graf permainan mereka di separuh masa kedua dan peluang tersebut diambil dengan cemerlang buat Sabah untuk meledak gol.
Kekalahan Negeri Sembilan semalam menjadikan kelab tersebut berada di tangga ketiga liga dengan 20 mata dikumpul untuk berada di belakang Sabah.