Ini 3 Bintang Tumpuan Malaysia Untuk Aksi Berdepan Kyrgyzstan

Malaysia secara rasminya bakal meneruskan aksi Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 di peringkat Kumpulan D dengan perlawanan membabitkan mereka menentang Kyrgyzstan di Stadium Dolon Omurzakov, Bishkek.

Beraksi di gelanggang lawan, pastinya ada tekanan diletakkan buat Malaysia apatah lagi mereka mempunyai tugas getir untuk mengelak daripada keciciran sebarang mata jika ingin melayakkan diri ke pusingan seterusnya.

Tampil dengan persiapan serba kekurangan, ramai menjangkakan Malaysia bakal menghadapi kesukaran untuk berdepan cabaran lawan atau memperoleh sekurangnya satu mata.

Walaupun begitu, Kim Pan-gon dilihat cukup optimis akan persiapan dibuat bersama para pemainnya untuk meraih keputusan positif serta sedia memberi kelegaan buat peminat.

Apatah lagi rekod lalu menyaksikan Harimau Malaya telah pun mencipta kejutan apabila mereka mampu mengatasi Kyrgyzstan bersama corak permainan sangat menyakinkan.

Hadir dengan beberapa rombakan kali ini, beberapa pemain dijangka bakal menjadi tumpuan utama untuk membawa cabaran negara mengatasi Kyrgyzstan di gelanggang lawan.

Dion Cools

Pertahanan utama Harimau Malaya ini dijangka bakal menjadi pertaruhan penting pada aksi bertemu Kyrgyzstan untuk memastikan benteng kebal negara dapat dicipta.

Momentum semasa Cools yang cemerlang bersama Buriram United sebelum ini juga menyaksikan beliau mrnjadi antara pemain paling bersedia untuk mengetuai cabaran pasukan kebangsaan.

Daripada aspek teknikal, Cools juga memiliki keupayaan sangat tinggi untuk menghasilkan jaringan selain berdisiplin mengawal kubu pertahanan Malaysia.

Stuart Wilkin

Antara pemain yang sangat cemerlang bagi era kejurulatihan Kim setakat ini dan mempamerkan konsistensi tinggi pada saingan Piala Asia 2023 lalu di Qatar.

Pemain tengah menyerang ini juga sedang berada dalam momentum terbaik apabila jaringan cantik berjaya dihasilkan terdahulu bersama Sabah dan itu pasti bakal menjadi pertaruhan penting Kim buat Malaysia untuk mendapatkan gol.

Selain itu, Wilkin juga memiliki keupayaan cukup tinggi untuk menghasilkan hantaran-hantaran berbahaya kepada rakan serangan lain mendapatkan gol dan sudah pun dibuktikannya lalu.

Paulo Josue

Josue dijangka bakal menjadi antara tunjang utama untuk mengetuai siri serangan pasukan kebangsaan bagi menghadapi cabaran Kyrgyzstan hari ini.

Aspek kekuatan fizikal serta keupayaan beliau daripada segi kualiti penyudah bakal menjadi senjata utama Josue untuk memastikan posisi hadapan negara terus tajam sepanjang tempoh perlawanan berlangsung.

Hadir dengan rekod jaringan menyakinkan ketika ini buat pasukan kebangsaan, jangkaan kami pemain naturalisasi dari Brazil tersebut bakal diletakkan selaku penyerang utama untuk mengetuai barisan hadapan Harimau Malaya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN