“Ingatkan Liga Tandop, RM16 Kot” – Penyokong Aksi Kedah-Penang Kecewa Kualiti Pengulas Tak Capai Standard

pengulas Kedah Penang pra musim 2022

Pelbagai komen dapat dilihat tentang pengulas ketika siaran langsung berbayar pertembungan aksi pra-musim antara Kedah Darul Aman FC dan Penang FC yang telah berlangsung di Stadium Darul Aman, malam tadi.

Turut tidak ketinggalan untuk memberi komen tentang pengulas aksi tersebut adalah pengulas televisyen untuk Radio Televisyen Malaysia (RTM), Zachki Ahmad Suri di Facebooknya. Jelas, ramai kurang berpuas hati.

Ini kerana, ia adalah siaran langsung berbayar. Tentunya penyokong mengharapkan kualiti ulasan yang baik daripada pengulas yang bertugas. Mengikut laman Facebook rasmi KDA FC, pas untuk menonton siaran langsung perlawanan tersebut dijual dengan harga RM16.90 dan jika dibeli lebih awal, ia bernilai RM12.90.

Zachki Ahmad Suri pengulas Penang-Kedah 2022

Tanda harganya pun sudah boleh dipersoalkan. Ini kerana, sesetengah ‘tiket’ perlawanan siaran langsung ini dijual dengan harga RM7.90 seperti yang dibuat oleh Balrz.tv untuk kejohanan pra-musim empat penjuru anjuran Terengganu FC sebelum ini. Sabah FC turut mengenakan harga sama untuk ‘Live FB’ SMJ Cup.

Dan kita tahu kualiti yang mampu dibawa oleh Balrz.tv, jika mereka diberikan tanggungjawab tersebut.

Jadi, disebabkan itu ramai yang mempersoalkan harga yang diletak oleh KDA FC buat perlawanan tersebut. Ditambah dengan ulasan amatur sebegitu, ternyata ramai kecewa kerana terpaksa membayar untuknya.

Zachki Ahmad Suri pengulas Penang-Kedah 2022 2

Ini bukan hanya sekadar aksi pra-musim bagi sesetengah penyokong. Derbi antara Kedah-Penang ini sentiasa hangat menjadikan ia tumpuan kedua-dua penyokong. Jadi, apabila ulasan amatur yang ‘dihidangkan’ dengan harga tiket sebegitu, sudah tentu ia akan mengundang pelbagai reaksi kurang enak daripada para penonton.

Bak kata Zachki tentang ulasan tersebut, “Untuk jadi pengulas, mesti ada BAKAT, bukan SYOK SENDIRI.”

Ketua Editor Semuanya BOLA, Nazreen Izahar yang juga merupakan pengulas untuk Balrz.tv ketika diminta mengulas tentang ulasan perlawanan tersebut berpendapat yang mungkin pengulas itu adalah bidan terjun.

“Saya rasa dia ni bidan terjun jadi pengulas. Sebab bila ada percubaan je terus jadi macam ‘fans’ yang dekat tempat duduk duk ‘ohh ahh ohh ahh’ tu. Pada saya, merugikan ‘fans’ bayar RM16 untuk ‘production’ yang tak seberapa.

Pengulas Bola Sepak, Nampak Mudah Tetapi Tak Semua Mampu Lakukan

Pengulas bola sepak untuk BBC Sport, Conor McNamara pernah menyatakan dalam temuramahnya bersama wartawan NME, Nick Levine tentang kesukaran utama dalam menjadi seorang pengulas adalah konsentrasi.

“Satu-satunya bahagian yang sukar ialah konsentrasi, ia menjadi satu cabaran besar. Banyak perkara yang berlaku ketika perlawanan bola sepak dan penonton adalah seperti ‘pakar’ yang menanti kesilapan kita.

“Tetapi semua orang pernah buat kesilapan walaupun anda seorang pengulas yang hebat, sangat mustahil untuk tidak buat silap. Ia mungkin nampak senang, tetapi menjadi pengulas bukanlah untuk semua orang.”

Untuk yang mahu mendengar serba sedikit ulasan pengulas aksi Kedah-Penang itu, anda boleh saksikan sedutan perlawanan yang dimuat naik laman Facebook Penang FC. Jangan terkejut, Pak Ngah pun main Kedah!

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN